Thursday, February 23, 2012

aturan Allah

 Assalammualaikum


Kita akan temui semula suatu yang hilang ditempat kita kehilangannya


Selagi kau tidak bahgia dengan kebahagiaan orang lain, itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat 'musuh-musuh'mu bahgia. Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka. Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu. 

Kita bukan malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insan. Namun, ada ketika-ketika yang sangat kritikal untuk kita bertahan dan katakan..tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Hmmm..

Mulakanlah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Langkah pertama itu ialah memberi maaf. Namun, terlalu sukar rasanya memberi maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata nista. 

Masih terbayang segala tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang bersalah' itu terasa begitu menjengkilkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah...apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong tarik dengan harga rendah? Dan cukup sakit, bila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.

Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila fatamorgana itu berlalu, aku akan terjah perangkap itu berkali-kali. Oh tidak! Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Cukup sekali!

Biarlah mereka ketawa puas-puas. Beban rasa ini biarlah aku lepaskan. Tidak akan kubawa dalam kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Kata bijak pandai, "apa yang kita berikan akan kita terima kembali. Mungkin kita takkan terima dari orang yang kita beri itu. Tapi orang lain." Senyum.

Jemput singgah ke secret7writer... hikhikhik

Monday, February 20, 2012

Buku Terimalah Pinanganku

Assalammualaikum...


Sekarang dalam menghabiskan pembacaan buku Terimalah Pinanganku. Ada kurang 15 halaman lagi untuk dihabiskan. Buku ini dikeluarkan oleh Hijjaz  Record Publishing. Alah, kumpulan nasyid tu. Buku ini sangat-sangat berbaloi untuk di miliki. Kalau membaca tajuknya sudah pasti kita mentafsirkannya secara terus iaitu buku tentang kahwin kahwin kan. Itu kalau kita tafsir kalau dari melihat kulit buku dan tajuknya. Sebenarnya ia lebih kepada tulisan penulis mengenai situasi bercinta zaman sekarang yang tampak lebih memyimpang. Diselitkan sekali dengan pengalaman penulis,kisah kisah menarik pada zaman nabi s.a.w, dan banyak lagi. Buku sekecil ni rasanya tidak keterlaluan kalau saya katakan terlalu padu isi kandungannya kerana ia mengajak pembaca mencari jawapan kepada setiap persoalan cinta yg berlandaskan janji janji Allah dan sunnah sunnah Rasullulah.


"ibu doakanlah aku akan melangkah, menyusuri waktu menjemput cintaku,ibu lepaskanlah aku ke lautan biru, akan ku harungi akan ku seberangi, ibu doakanlah langkahku, menjalank hari menjemput harapku, ibu lepaskan aku dengan maafmu,tenteramkan hatiku menempuh hidup, doamu oh ibu selalu ku nanti, tulus dan suci dari relung hati....."


Itu antara doa seorang hamba Allah yang hampir putus asa apabila datang seorang lelaki datang kepada yang in gin menyempurnakan separuh agamanya. Betapa besar dugaan yang dihadapinya apabila mendapat tentangan dari ibubapanya.  Maha suci Allah, segalanya manis selepas itu. Kerana apa? Jawapannya ada di dalam buku ini.


Ok.nanti akan buat beberapa ulasan untuk buku buku lain. 


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 11, 2012

2


Jika sayangkan permata, tempatkanlah ia di bekas yang selamat, dilindungi dan di jaga

Tuesday, February 7, 2012

Entry baru di tahun baru

kita tidak boleh mengubah sesuatu yg kita lihat,tetapi kita boleh mengubah diri kita yg melihatnya. Jika kita tak dapat apa yg kita suka, maka langkah terbaik ialah sukalah apa yg yg kita dapat.

Assalammualaikum.

Ehem ehem. Selamat tahun baru 2012 untuk semua. Semoga baik-baik saja. Dikesempatan yang ada ini tiada apa yang ingin di kongsi. Tiada cerita indah. Hehe. kerana tuan tanah masih lagi bertungkus lumus untuk menyiapkan sesuatu. 
Hehe. Kekok pulak menaip nih. Apa pun, saya doakan anda semua yang pernah singgah di sini untuk membaca dan meninggalkan jejak di blog ini baik-baik saja. terima kasih sebab sudi singgah ya. Nanti saya akan balas kunjungan anda semua ok.

Jangan segan dan malu untuk singgah di Secret7Writer ya. Ada banyak cerpen terbaru yang disiarkan di situ. 
Hari ini ada cerpen/kispen terbaru kat Secret7writer, hasil tulisan HEROICzero. Klik SINI.

Ok, jumpa lagi di entry seterusnya. Tak pasti bila. Mungkin bulan depan. Hehehe..