Wednesday, March 7, 2012

rasa rasa itu

Assalammualaikum...
credit : Google Image

Rasanya kali ini aku ambil masa yang cukup lama untuk menyambung kembali mencoret sesuatu di sini. Ada banyak perkara yang ingin dikongsi. Tapi bila difikir-fikir, tak penting mana pun. Sekarang ni masa banyak untuk membaca. Baca, baca, baca dan baca. Sampai bila-bila. Kerana itu yang tak pernah mengecewakan jiwa walaupun isi bacaannya ada yang pahit, ada yang perit. 

Ok.. lupakan tentang itu. Ayuh, mari kita atur langkah. Bukan untuk ke medan perang. Tapi mengatur langkah untuk menjaga hati kita. Membersihkan hati kita. Kita masing-masing pernah menghadapi saat kritikal dalam hidup. Aku bukanlah seorang yang punya ilmu dan baik seperti yang anda sangkakan. Cuma aku ingin berkongsi sesuatu yang aku pelajari dalam pengalaman aku sendiri dan pengalaman orang lain, sama ada apa yang aku baca dari buku mahupun dari pemerhatian. Dan aku banyak dihidangkan dengan kisah kecewa dalam bercinta. Membaca status di FB dan Twitter yang meluahkan rasa sakit, rasa perit setelah gagal dalam bercinta. Hampir setiap hari rasanya. Dan aku amat jarang untuk respons. Kerana aku lebih suka memerhati. 

Lain orang, lain cara melegakan perasaan. Dan mungkin dengan meluah perasaan di FB & Twitter adalah cara paling efektif untuk mereka. Siapa tahu. Dan aku amat tak kisah. Tapi, berpada-padalah. Islam menganjurkan umatnya berpada-pada dalam apa jua keadaan. Termasuklah dalam soal meluah rasa. Peringatan untuk diri aku sendiri. Aku pernah melalui fasa rabak. haha.Rabak tu. Dan aku pernah mengungkapkan statement ini.."rasa sakit yang aku rasa sekarang melebihi rasa-rasa sakit yang ada di dunia ini". Ya, untuk masa dan ketika itu hanya sakit yang aku rasa. Sampai satu tahap aku rasa sangat tidak adil dengan apa Allah bagi untuk aku ketika itu. Jahatnya aku mempersoalkan hukum Allah. Dan aku teringat semula buku yang telah aku baca. Satu keratan ayat Al-Quran, "Fainna ma'al usri yusraa,inna ma'al usri yusraa-Sesungguhnya setelah kesulitan itu pasti akan ada kemudahan." 

Bila Allah telah takdirkan sesuatu terjadi, pasti ada kebaikannya. Sekalipun pahit, percayalah itu adalah ubat. Memang, untuk kondisi perasaan yang rabak macam tu, amat sukar untuk kita hadam ungkapan seperti itu. Baik dan buruk hanya pada tafsiran kita, sedangkan di sisi Allah, segala-galanya baik-baik belaka. Maha Suci Allah daripada bersifat zalim dan aniaya.

Wah wah kemain lagi kau Khairul Antasha... Hehe. sekadar berkongsi rasa. Harap anda sudi baca dan ambil iktibar. Untuk rakan-rakan yang sedang melalui saat kritikal, percayalah masih ada lagi cahaya di hujung sana. Carilah.

Anda jemput singgah ke blog Secret7Writers. Sudi-sudilah meluang masa membaca tulisan kami bertujuh dan penulis jemputan yang lain. :) Terima kasih kepada yang follow blog ni. Tak sangka, masih ada yang sudi follow sedangkan blog ini hampir mati.

23 komen:

~* chirpy_chummy *~ said... [Reply to comment]

d(^.^)b gud lak. welkam to the bachelorette club! hihi


rang rang rang!

Khairul Antasha said... [Reply to comment]

*tunjuk jari manis kat Mar.. lalalalalalala

rangrangrang!!!

Abang Zam said... [Reply to comment]

abang nak sumbang idea jugak dalam S7W tu, tapi nak beza kan power tak power tu, jauh sangat

pendam sajalah

Khairul Antasha said... [Reply to comment]

Abang Zam - abg zam dah hntr kispen hari tu. Hntr la lagi.. kami pun tak power. hanya dipinggiran je..

Ms Tikot said... [Reply to comment]

Lamak x ada update. Ada cerita... tapi x tauk mcm nie nak mula ;-)

ghost writer said... [Reply to comment]

memang bukan mudah untuk menerima sesuatu yang perit itu dengan hati yang betul-betul terbuka. Perasaan begitu amburadur jadinya.

reenapple said... [Reply to comment]

semuanya bermula dari hati.. =)

ztie said... [Reply to comment]

Haiii. Salam dirik. Errrr

lavender harum wangi said... [Reply to comment]

ah, rasa rasa itu . tak mau diingat lagi.

zati embong said... [Reply to comment]

tiap apa yg berlaku,ada hkmahnya.

mr_abs said... [Reply to comment]

relax relax aa :p

Nong Andy said... [Reply to comment]

menambah sikit lagi :)

aku pernah terbaca.
" kesakitan/kesedihan yang kita lalui jika kita bersabar dengannya dan redha, ia sebenarnya menghapuskan dosa-dosa kecil kita"

lebih kurang begitulah.

untuk sedapkan hati, aku selalu fikir macam tu- x kira ketika sakit atau sedih - dosa aku berkurang bila aku bersabar dgnnya.

* tapi kalau tahap rabak- kita xde masa nak ingat semua tu- aku setuju statement tu :) eh.. maaf. terpanjang pula :p

hani apandi said... [Reply to comment]

rajinnya ktk kak.lak ngabas S7W ktk orang ya okay! :D

sahromnasrudin said... [Reply to comment]

surah al insyirah adalah surah terbaik utk membendung masalah

Jue said... [Reply to comment]

aku rs bkn ko aja penah rs perasaan tu.. aku sndri orang lain, mungkin
penah rasa
tp tu la yg ptg, kita kena sentiasa beringat wp ketika senang. Jgn ketika susah sj

Kita hanya mampu merencana..

Asrul "iLham" Sany said... [Reply to comment]

aku pun dh takde masa sngt nak update blog hohoho

Yumida said... [Reply to comment]

luahkan ajak...kelak mek org pande2 nyambung nya...makseh singgah blog kmk

.........cP~ said... [Reply to comment]

Salam.

Saya jugak sesekali meluah rasa kat alam maya ni. Tapi, sekadar samar2. Nak tulis secara detail pun segan.

Kadang2, kita takut nak rasa sedih sebab takut kita ni menegluh. Tak tau sampai tahap mana kita boleh nak meluah dan berkongsi dengan orang.

Hanie Dew said... [Reply to comment]

luah rasa kat alam maya mungkin berkesan bagi sesetengah orang tapi kalau details sgt macam membuka pekung di dada pulak. depends la kat diri memasing kan. =)

intan.maisarah said... [Reply to comment]

uhuukkss uhuukks

dill said... [Reply to comment]

sayang!

rindu sangat2 dengan awak. macam mana skarang? arap2 sentiasa okei. ape2 roger je tau. bile2 boleh kite jumpe. kite bleh lepak same2 tepi padang bola sambil makan aiskrim.

ok sayang?

dill.

ciK LyndaWawa said... [Reply to comment]

kmk mok jadi cam mbiak ya..comel.hehehe

AmirFX said... [Reply to comment]

Penglipur lara sejati dah ktk nektok.. Gud2.. All the best.. :D