Assalammualaikum...
Sekarang dalam menghabiskan pembacaan buku Terimalah Pinanganku. Ada kurang 15 halaman lagi untuk dihabiskan. Buku ini dikeluarkan oleh Hijjaz Record Publishing. Alah, kumpulan nasyid tu. Buku ini sangat-sangat berbaloi untuk di miliki. Kalau membaca tajuknya sudah pasti kita mentafsirkannya secara terus iaitu buku tentang kahwin kahwin kan. Itu kalau kita tafsir kalau dari melihat kulit buku dan tajuknya. Sebenarnya ia lebih kepada tulisan penulis mengenai situasi bercinta zaman sekarang yang tampak lebih memyimpang. Diselitkan sekali dengan pengalaman penulis,kisah kisah menarik pada zaman nabi s.a.w, dan banyak lagi. Buku sekecil ni rasanya tidak keterlaluan kalau saya katakan terlalu padu isi kandungannya kerana ia mengajak pembaca mencari jawapan kepada setiap persoalan cinta yg berlandaskan janji janji Allah dan sunnah sunnah Rasullulah.
"ibu doakanlah aku akan melangkah, menyusuri waktu menjemput cintaku,ibu lepaskanlah aku ke lautan biru, akan ku harungi akan ku seberangi, ibu doakanlah langkahku, menjalank hari menjemput harapku, ibu lepaskan aku dengan maafmu,tenteramkan hatiku menempuh hidup, doamu oh ibu selalu ku nanti, tulus dan suci dari relung hati....."
Itu antara doa seorang hamba Allah yang hampir putus asa apabila datang seorang lelaki datang kepada yang in gin menyempurnakan separuh agamanya. Betapa besar dugaan yang dihadapinya apabila mendapat tentangan dari ibubapanya. Maha suci Allah, segalanya manis selepas itu. Kerana apa? Jawapannya ada di dalam buku ini.
Ok.nanti akan buat beberapa ulasan untuk buku buku lain.

2 komen:
baca lah buku nih,Khai.
:)
kurang 15 halaman lagi ok la...cepat habiskan..gua thn 2012 baru sempat habiskan 1 buku jer "leaving microsoft to change the world"...sgt teruk gua rasa..masa yg padat buat gua kurang membaca..
Post a Comment