Assalammualaikum
![]() | ||
| Kita akan temui semula suatu yang hilang ditempat kita kehilangannya |
Selagi kau tidak bahgia dengan kebahagiaan orang lain, itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat 'musuh-musuh'mu bahgia. Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka. Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu.
Kita bukan malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insan. Namun, ada ketika-ketika yang sangat kritikal untuk kita bertahan dan katakan..tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Hmmm..
Mulakanlah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Langkah pertama itu ialah memberi maaf. Namun, terlalu sukar rasanya memberi maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata nista.
Masih terbayang segala tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang bersalah' itu terasa begitu menjengkilkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah...apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong tarik dengan harga rendah? Dan cukup sakit, bila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.
Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila fatamorgana itu berlalu, aku akan terjah perangkap itu berkali-kali. Oh tidak! Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Cukup sekali!
Biarlah mereka ketawa puas-puas. Beban rasa ini biarlah aku lepaskan. Tidak akan kubawa dalam kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Kata bijak pandai, "apa yang kita berikan akan kita terima kembali. Mungkin kita takkan terima dari orang yang kita beri itu. Tapi orang lain." Senyum.

19 komen:
Nangislah semahunya.
Jangan lupakan senyum. kesian dia di lupakan. nnt ambil senyum tu smula, ok? (:
asam garam hidop....
redha
memang susah untuk lupakan orang yg kita sayang :)
Sukar nya mencari kebahagiaan sejati... ;-)
sabar yang... oooh kamu masih mampu senyum... itu petanda hebat semakin bercambah....
penuh bermakna entry kalini hehe
nilah yg dikatakan pahit manis kehidupan..
btw membalas kunjungan n follow sini.. :)
Aku tahu kamu pastinya seorang yg tabah. cuma adakalanya 'ketabahan' itu tergugat sebab kita hanya manusia biasa. kadang kita gembira kadang kita berduka..
bak kata org selepas ribut taufan mungkin ada pelangi indah di esok harinya dan saat itu kita akan tersenyum manis menikmati keindahannya :)
biar orang lain perlakukan kita.Tuhan lebih tau apa yang sewajarnya.
kita bukan malaikat yang tiada nafsu.
betul. ada kala maaf sgt susah utk diberikan.tp cuba berikan sekali.mesti lepas rasa nk bg bekali kali.sbb perasaan memafkan tu bahagia.
kadang di luar nampk benci tak maaf. tp sapa tau dalam hati dia dah pasrahkan.
last statement tu pun aku ada terima lebih kurang sama dr BFF aku. hihi
sorry comment takde kaitan ngan entry..kite tag awak.. :)
http://stilovkatahatistilovastrid.blogspot.com/2012/02/segmen-wrfw-walkreviewfollowwin.html
Sabar.. ya jak kamek dapat madah...
maaf mmg mudah...tapi luka dan parutnya tetap ada dan kekal abadi...
huhu...
Terimakasih atas entry ni.. :)
http://arvnilahazelnut.blogspot.com/2011/12/kekuatan-dari-ilahi.html
i wrote this when i had that same feeling.
until know rasa susah nak bersihkan hati.
..
assalamualaikum..
lama tak ke sini..maaflah baru balik kursus.....
'hidup terlalu singkat untuk membenci'
sy suka statement ini
dh pegi dh t blog sevenwriters tue XD
Jum hayati di sini (^o^)
jiwa-jiwa #1
waseh madah berhelah orh eh.tok kompom kak balit betapa di gunung satubong.hehehe.be happy oii.iboh gundah2 dong.
alaa....kita serupa...=[
Post a Comment