Friday, December 30, 2011

Tutup Tirai

Assalammualaikum...

Entry ini mungkin entry paling panjang dalam sejarah entry panjang dalam blog ini. Ia lebih kepada menyimpulkan apa yang berlaku sepanjang tahun 2011. Tahun yang banyak dugaan buat aku. Tahun yang terlalu memberi tekanan. Bukan sahaja dari tekanan dari pekerjaan malah emosi aku juga. Itu kan normal selagi kita bergelar manusia. Selagi kita punya rasa. 

Awal Januari 2011, bulan yang menduga aku. Kerana tempoh tersebut aku telah kecewa guling-guling. Satu hal yang pasti berlaku dalam hidup kita. Hal yang melibatkan hati dan perasaan dengan seseorang. Alhamdulillah. Allah menduga aku. Syukur. Kerana dugaan yang itu banyak perkara aku belajar. Belajar menghargai orang yang kita sayang. Belajar menerima seadaanya. Belajar menjadi orang yang kuat hatinya. Banyak lagi la. Aku akui bulan Januari adalah kehidupan aku yang terumbang-ambing dari segi cinta cintun ni. Bulan ini juga aku kehilangan orang yang paling aku sayang. Nenek. Al Fatihah untuk arwah.

Februari, aku sudah mula melangkah dengan senyuman. Langkah yang adakalanya tempang. Itukan kehidupan. Hidup kan penuh dengan warna warninya. Di bulan ini aku mula menulis cerpen. Cerpen geli-geli. Cerpen euww euwww. Ramai yang menyimpulkan apa yang aku tulis adalah cerita aku sendiri. Itu tafsiran masing-masing. Bagi aku apa yang aku tulis, lebih kepada pengalaman orang lain yang aku kutip dan seterusnya di olah lalu menjadi sebuah cerpen euwww euwww.

Mac dan April adalah tempoh di mana aku menulis satu kisah bersiri. Bermula Episod 1 hingga 17. Pada ketika itu aku rasa sangat teruja kerana ada yang mengikuti dari mula sampai akhir. Mungkin kerana ada sesuatu dalam kisah tersebut. Kisah yang rasanya dekat sangat dengan jiwa aku. Di tulis secara spontan. tanpa perlu memikirkan plot nya bagaimana. Klimaks nya bagaimana. Yang perlu hanya mengingati kronologi. Itu saja. Sepanjang dua bulan tersebut juga banyak tulisan aku lebih kepada euww euwww. Yang ada ketikanya membuatkan aku malu membaca tulisanku sendiri. Itu memang berlaku dengan aku. Aku amat tidak suka membaca semula apa yang telah aku tulis. Terutamanya cerpen-cerpen yang aku tulis sendiri. Bagi aku, bila aku telah menulis dan seterusnya disiarkan di dalam blog ia hanya setakat itu. Apa yang aku tulis aku tidak suka kongsikan dengan alam realiti. Biarlah ia hanya menjadi tulisan. Hanya itu.. Aku tidak suka di tanya mengapa ia jadi begitu, mengapa ia begini. Mengapa tak begitu. Mengapa tak begini. Sebabnya, aku tidak punya jawapan untuk itu. Segalanya spontan.

Bulan May aku meneruskan lagi untuk menulis. Kali ini temanya lebih kepada kisah zaman sekolah. Kisah cinta euwww euwww. Kisah yang semua kita pernah alami. Tak banyak sikit pasti ada hati yang terusik. Oh ya, ada sesuatu yang berlaku. Ketika hari kelahiran ku. Beberapa hari selepas itu. Anak saudara yang paling rapat berjanji akan menghadiakan sesuatu untuk aku. Aku menuntut janji darinya yang nak belikan aku kek harijadi. . Bila dia cakap, " ada duit seringgit empat puluh sen je ngah. tak cukup". Ya, aku sebak.

Pertengahan tahun pula aku cuba membuat satu lagi cerita bersiri. Sambungan dari yang pertama. Malangnya aku gagal untuk meneruskan. Kerana aku hanya mampu menulis untuk dua episod sahaja. Ntah. Aku sudah hilang fokus. Sudah tidak punya idea untuk menulis. Sudahnya aku cerita pasal cinta euwww euwww dalam blog. Kononnya pakar cinta. Tapi, diri sendiri memang sangat teruk dalam bercinta. Ehehehe. Tapi ada dua perkara yang berlaku. Kerana buat pertama kalinya aku layak untuk ditemuduga bagi jawapan inspektor polis. Malangnya aku gagal. Selepas itu aku memohon untuk kursus perguruan. Pun gagal. Lepas ni nak tulis cerita pasal Aku Yang Gagal pulak. Heh!

Julai menjelma. Bulan cinta kot. hehe. Aku berhadapan dengan masalah insan patah hati. Berlaku pada orang yang rapat denganku. Mendengar mereka meluah. Seterusnya aku diminta untuk memberi pendapat,nasihat. Aku cukup pandai kalau memberi nasihat. Korang harus percaya. Tapi aku amat jarang mengaplikasikannya dalam kehidupan aku sendiri. Kalau adapun hanya 49% peratus je. Itu lah aku. Mungkin kerana aku pernah jadi insan patah hati, jadi mereka yang patah hati lebih suka meluah dengan aku. Ah, patah hati. Aku tak ingin melaluinya lagi. Sakit. Kalau berlaku sekali lagi, rasa sakit hatinya melebihi rasa-rasa sakit hati di dunia ini agaknya.

Yeah..Ogos!. Ramadhan datang lagi. Sedikit kekurangan kerana puasa kali ini tanpa nenek. Kehidupan aku pun biasa-biasa saja. Seseorang telah menghadiahkan aku sebuah camera compact. Hehe. Setelah dipaksa kot. Haha. Kesian. Terima kasih. Sejak itu asyik nak 'menembak' je keja. Kawan-kawan blog juga makin ramai. Ada yang jadi kawan rapat. Tapi satu je, aku rindu dengan Geng Blogger 'miak' Sarawak. Makin menyepi. Yang masih aktif hanya beberapa orang je.

September sedikit tenang. Cuba untuk menulis cerpen semula. Cerpen euww euww lagi. Tapi nampaknya gagal!. Idea menulis pun banyak menyimpang. Sudahnya aku banyak kongsi pasal quote je pastu upload je gambar yang aku 'tembak' dari camera kesayanganku. Heh!

October adalah bulan yang banyak aku cakap pasal cinta euwww euwww. Haha. Bercakap pasal cinta memang takkan habisnya bukan? Kalaupun kau tidak pernah mengalaminya pasti kau kutip kisah-kisah cinta itu dari apa yang berlaku di ruang lingkup kehidupan kau. Modalnya tak perlu banyak. Keywordnya cinta. Cinta buta contohnya. Manusia bila sudah cinta memang akan hilang satu pancaindera. Itu contoh je. Lain-lain tu pandai-pandai la nak cari ayat. Macam aku, aku banyak baca buku motivasi. Dari dulu sampai sekarang. Dan aku kurang gemar baca novel cinta euwww euwww. Haha.

Bulan November aku telah di lamar okeh. Di lamar oleh seseorang. Aku menerima. Kerana ia kegilaanku. Tapi aku takut, tidak dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepadanya. Aku takut apa yang aku tulis macam sampah. Yeah..aku di lamar oleh Bidadari Syurga untuk jadi salah seorang dari 7 penulis di blog Secret 7 Writer.  (sila lah singgah..promote baik punya ni. Sokonglah kami!.chewah). Aku pertaruhkan Adam Zulaika untuk cerpen pertamaku untuk disiarkan dalam blog Secret7writer. Kisah seorang gadis bercinta dengan suami orang. Kisah yang lain dari yang lain. Nak tahu endingnya, singgahlah ke Secret 7 Writer!. (pandai kau promote kan!. heh! )

Semakin menghampiri akhir tahun. Aku jarang berkongsi kisah peribadi di dalam blog. Aku semakin malas bercerita dalam blog. Tidak seperti sebelumnya. Kadang-kadang aku tahu nak memulakan macam mana. Buntu. Banyak perkara yang harus diambil kira. Banyak perkara yang harus aku selesaikan sebelum semuanya terlambat. Haih. Bolehlah disimpulkan, banyak perkara yang belum selesai dalam hidup aku. Dan aku kira, sepanjang tahun ni kesihatan aku adalah di tahap paling teruk. Aku selalu demam, batuk, selsema. Sekarang ni pun masih kurang sihat. Masih batuk. 

Akhir sekali, bila nak kahwin ni? (soalan pada diri sendiri). :D :D

Tuan Tanah. Heh!

Wednesday, December 28, 2011

Aku burung yang comel

 Ok.. Lama dah tak layan Tag.. Kali ini tag daripada Labulabi. Tag yang senang seperti makan kacang goreng je. Hahaha. Ada 5 soalan berkenaan dengan burung.

 Oleh kerana burung merupakan antara binatang yang aku suka jadi memang aku sedikit teruja menjawab tag ni. Hehe.. Syaratnya setiap soalan perlu di jawab sekurang-kurangnya 30 patah perkataan. Alah..celah jari je!.. haha

1.kitak org nak jadi burung apa? / Awak nak jadi burung apa?
- Soalanya direct. Nak jadi burung apa? Aku nak jadi burung Helang. Helang yang gagah terbang di angkasa. Burung helang melambangkan kekuatan bagi aku. Burung helang sebenarnya comel.Cuba perhatikan gambar di bawah. Hehe.. Hehe hehe. hehe hehe.. (cukup 30 patah perkataan) :D

credit : Google Image

2.mun jadi burung cney kitak org nak terbang? / Kalau jadi burung awak nak terbang ke mana?
- Oleh kerana dah jadi burung, senang sikit la nak bergerak. Tak perlu berhadapan dengan traffic jam. Oleh kerana lokasi aku yang jauh dr The Spring, (sebab nak pergi MPH beli buku.) Buat pengetahuan Labulabi, burung versi kamek tok boleh tukar jadi manusia. Mun terbang jak jadi burung. Haha.

3.sik takut kenak tembak@ kenak jerat ka.? / Tak takut kena tembak atau jerat?
-  Oh tidak sama sekali. Burung helang terbang tinggi di angkasa. Tak mampu di jerat mahupun ditembak oleh manusia seperti Labulabi. Almaklumlah versi 2 dalam 1. Setiap kali manusia berniat nak tembak, automatik akan tukar jadi manusia balik. :D

4.sik kepak ka sayap mbak mengepak lamak-lamak.? Tak letih ke terbang lama-lama? (betul sik translation kmk tok? Haha
- Dah nama burung bah. Letih terbang memang tiada dalam kamus seekor burung. Lebih-lebih lagi burung versi 2 dalam 1 ni.

5.mok diam lam sangkar ka terbang bebas di udara.? / Nak duduk dalam sangkar ke terbang bebas di udara?
- Oleh kerana burung versi 2 dalam 1, jadi semestinya akan duduk dalam sangkar, boleh bebas terbang sesukati di udara dan semestinya duduk dalam rumah. Almaklumlah burung special. :D


*bijak betul burung ni menjawab tag. segala jawapan yang diberikan adalah imaginasi tuan blog sahaja.*

Wednesday, December 21, 2011

Hubungan Cinta Jarak Jauh


Video ni antara yang aku suka tonton di youtube.





Sepanjang menonton video ni ada satu lagi yang dimainkan seperti di bawah.




Tiada apa untuk diceritakan. Sekadar berkongsi apa yang ditonton dan apa yang didengar. 


Tuesday, December 20, 2011

Oh bulan aku cemburu




Moga baik -baik saja


Wednesday, December 14, 2011

Kaunter pertanyaan sudah dibuka

 Assalammualaikum...

Ini 'pesen' tak tahu nak taip apa. Tak tahu nak cerita apa. Account Formspring ni dah lama. Tadi tergerak hati nak buka, sudahnya lupa password apa. Sudahnya kena 'reset' password pulak. Sudahnya tertaip lah 'entry' ini. 'Entry' tiada apa, hanya suka-suka.
Layan....

Friday, December 2, 2011

sesuatu

 sekadar berkongsi gambar yang aku jumpa di alam maya. 


 kembalikan aku pada sesuatu

*terima kasih pada mereka mereka yang memberikan 'sesuatu' yang aku perlu*