Entry ini mungkin entry paling panjang dalam sejarah entry panjang dalam blog ini. Ia lebih kepada menyimpulkan apa yang berlaku sepanjang tahun 2011. Tahun yang banyak dugaan buat aku. Tahun yang terlalu memberi tekanan. Bukan sahaja dari tekanan dari pekerjaan malah emosi aku juga. Itu kan normal selagi kita bergelar manusia. Selagi kita punya rasa.
Awal Januari 2011, bulan yang menduga aku. Kerana tempoh tersebut aku telah kecewa guling-guling. Satu hal yang pasti berlaku dalam hidup kita. Hal yang melibatkan hati dan perasaan dengan seseorang. Alhamdulillah. Allah menduga aku. Syukur. Kerana dugaan yang itu banyak perkara aku belajar. Belajar menghargai orang yang kita sayang. Belajar menerima seadaanya. Belajar menjadi orang yang kuat hatinya. Banyak lagi la. Aku akui bulan Januari adalah kehidupan aku yang terumbang-ambing dari segi cinta cintun ni. Bulan ini juga aku kehilangan orang yang paling aku sayang. Nenek. Al Fatihah untuk arwah.
Februari, aku sudah mula melangkah dengan senyuman. Langkah yang adakalanya tempang. Itukan kehidupan. Hidup kan penuh dengan warna warninya. Di bulan ini aku mula menulis cerpen. Cerpen geli-geli. Cerpen euww euwww. Ramai yang menyimpulkan apa yang aku tulis adalah cerita aku sendiri. Itu tafsiran masing-masing. Bagi aku apa yang aku tulis, lebih kepada pengalaman orang lain yang aku kutip dan seterusnya di olah lalu menjadi sebuah cerpen euwww euwww.
Mac dan April adalah tempoh di mana aku menulis satu kisah bersiri. Bermula Episod 1 hingga 17. Pada ketika itu aku rasa sangat teruja kerana ada yang mengikuti dari mula sampai akhir. Mungkin kerana ada sesuatu dalam kisah tersebut. Kisah yang rasanya dekat sangat dengan jiwa aku. Di tulis secara spontan. tanpa perlu memikirkan plot nya bagaimana. Klimaks nya bagaimana. Yang perlu hanya mengingati kronologi. Itu saja. Sepanjang dua bulan tersebut juga banyak tulisan aku lebih kepada euww euwww. Yang ada ketikanya membuatkan aku malu membaca tulisanku sendiri. Itu memang berlaku dengan aku. Aku amat tidak suka membaca semula apa yang telah aku tulis. Terutamanya cerpen-cerpen yang aku tulis sendiri. Bagi aku, bila aku telah menulis dan seterusnya disiarkan di dalam blog ia hanya setakat itu. Apa yang aku tulis aku tidak suka kongsikan dengan alam realiti. Biarlah ia hanya menjadi tulisan. Hanya itu.. Aku tidak suka di tanya mengapa ia jadi begitu, mengapa ia begini. Mengapa tak begitu. Mengapa tak begini. Sebabnya, aku tidak punya jawapan untuk itu. Segalanya spontan.
Bulan May aku meneruskan lagi untuk menulis. Kali ini temanya lebih kepada kisah zaman sekolah. Kisah cinta euwww euwww. Kisah yang semua kita pernah alami. Tak banyak sikit pasti ada hati yang terusik. Oh ya, ada sesuatu yang berlaku. Ketika hari kelahiran ku. Beberapa hari selepas itu. Anak saudara yang paling rapat berjanji akan menghadiakan sesuatu untuk aku. Aku menuntut janji darinya yang nak belikan aku kek harijadi. . Bila dia cakap, " ada duit seringgit empat puluh sen je ngah. tak cukup". Ya, aku sebak.
Pertengahan tahun pula aku cuba membuat satu lagi cerita bersiri. Sambungan dari yang pertama. Malangnya aku gagal untuk meneruskan. Kerana aku hanya mampu menulis untuk dua episod sahaja. Ntah. Aku sudah hilang fokus. Sudah tidak punya idea untuk menulis. Sudahnya aku cerita pasal cinta euwww euwww dalam blog. Kononnya pakar cinta. Tapi, diri sendiri memang sangat teruk dalam bercinta. Ehehehe. Tapi ada dua perkara yang berlaku. Kerana buat pertama kalinya aku layak untuk ditemuduga bagi jawapan inspektor polis. Malangnya aku gagal. Selepas itu aku memohon untuk kursus perguruan. Pun gagal. Lepas ni nak tulis cerita pasal Aku Yang Gagal pulak. Heh!
Julai menjelma. Bulan cinta kot. hehe. Aku berhadapan dengan masalah insan patah hati. Berlaku pada orang yang rapat denganku. Mendengar mereka meluah. Seterusnya aku diminta untuk memberi pendapat,nasihat. Aku cukup pandai kalau memberi nasihat. Korang harus percaya. Tapi aku amat jarang mengaplikasikannya dalam kehidupan aku sendiri. Kalau adapun hanya 49% peratus je. Itu lah aku. Mungkin kerana aku pernah jadi insan patah hati, jadi mereka yang patah hati lebih suka meluah dengan aku. Ah, patah hati. Aku tak ingin melaluinya lagi. Sakit. Kalau berlaku sekali lagi, rasa sakit hatinya melebihi rasa-rasa sakit hati di dunia ini agaknya.
Yeah..Ogos!. Ramadhan datang lagi. Sedikit kekurangan kerana puasa kali ini tanpa nenek. Kehidupan aku pun biasa-biasa saja. Seseorang telah menghadiahkan aku sebuah camera compact. Hehe. Setelah dipaksa kot. Haha. Kesian. Terima kasih. Sejak itu asyik nak 'menembak' je keja. Kawan-kawan blog juga makin ramai. Ada yang jadi kawan rapat. Tapi satu je, aku rindu dengan Geng Blogger 'miak' Sarawak. Makin menyepi. Yang masih aktif hanya beberapa orang je.
September sedikit tenang. Cuba untuk menulis cerpen semula. Cerpen euww euww lagi. Tapi nampaknya gagal!. Idea menulis pun banyak menyimpang. Sudahnya aku banyak kongsi pasal quote je pastu upload je gambar yang aku 'tembak' dari camera kesayanganku. Heh!
October adalah bulan yang banyak aku cakap pasal cinta euwww euwww. Haha. Bercakap pasal cinta memang takkan habisnya bukan? Kalaupun kau tidak pernah mengalaminya pasti kau kutip kisah-kisah cinta itu dari apa yang berlaku di ruang lingkup kehidupan kau. Modalnya tak perlu banyak. Keywordnya cinta. Cinta buta contohnya. Manusia bila sudah cinta memang akan hilang satu pancaindera. Itu contoh je. Lain-lain tu pandai-pandai la nak cari ayat. Macam aku, aku banyak baca buku motivasi. Dari dulu sampai sekarang. Dan aku kurang gemar baca novel cinta euwww euwww. Haha.
Bulan November aku telah di lamar okeh. Di lamar oleh seseorang. Aku menerima. Kerana ia kegilaanku. Tapi aku takut, tidak dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepadanya. Aku takut apa yang aku tulis macam sampah. Yeah..aku di lamar oleh Bidadari Syurga untuk jadi salah seorang dari 7 penulis di blog Secret 7 Writer. (sila lah singgah..promote baik punya ni. Sokonglah kami!.chewah). Aku pertaruhkan Adam Zulaika untuk cerpen pertamaku untuk disiarkan dalam blog Secret7writer. Kisah seorang gadis bercinta dengan suami orang. Kisah yang lain dari yang lain. Nak tahu endingnya, singgahlah ke Secret 7 Writer!. (pandai kau promote kan!. heh! )
Semakin menghampiri akhir tahun. Aku jarang berkongsi kisah peribadi di dalam blog. Aku semakin malas bercerita dalam blog. Tidak seperti sebelumnya. Kadang-kadang aku tahu nak memulakan macam mana. Buntu. Banyak perkara yang harus diambil kira. Banyak perkara yang harus aku selesaikan sebelum semuanya terlambat. Haih. Bolehlah disimpulkan, banyak perkara yang belum selesai dalam hidup aku. Dan aku kira, sepanjang tahun ni kesihatan aku adalah di tahap paling teruk. Aku selalu demam, batuk, selsema. Sekarang ni pun masih kurang sihat. Masih batuk.
Akhir sekali, bila nak kahwin ni? (soalan pada diri sendiri). :D :D
![]() |
| Tuan Tanah. Heh! |

33 suka mewarna:
oh. I have my version too (:
selamat tahun baru gadis kachak
moga tahun baru ini lebih bermakna :)
selamat tahun baru ya
waw. pahit manis telan bersama. azam? :P
*menggenggam penumbuk dan menarik nafas dalam2 tanda bersemangat mahu menempuh tahun baru yg mendatang
Tuan tanah sik bizi ka ujung tahun tok? Jom nangga cita antu... :p
selamat melangkah ke tahun baru.>:)
jujur. sayang kamu!
selamat tahun baru..=]
bila nak kawen bila diperlukan...hehe
ya...berjaya mencipta kenangan manis untuk tahun ni...
perghh... satu kronologi singkat yang menyimpan seribu satu rasa. hurmmm... Ya semoga tahun 2012 beri satu kenangan yg manis dari kulit sampai isinya... dan bijinya kamu simpan di tanah... biar jadi rantaian pada kehidupan yg lain...
ps: tulisan kispen kamu comel n sweet... euw2... tu comel aja...
semoga tahun depan lebih menjanjikan yg terbaik.amin.
gua pun awal2 taun loser gile, seb baek pas travel + dkt tgh2 taun jd winner alek :D
Selamat tahun baru :) moga apa yang dihajati tercapai. Moga capat bertemu jodoh. Hehe, jmput lawat blog, bc PUTUS CINTA :)
tahun baru polah cita baru..ok...
huhuhu perjalanan yg cukup panjang, semua orang merasa gitu kan, cuma 'curve' dan 'design' lain lain
bila ko nak kawen? hue hue hue.
bulan tujuh lalu aku patah gak, patah sayap.
Hai.. dtg jengguk ke sini. Mulanya ingatkan kamu lelaki.. perempuan rupanya ahaha..
n3 ni pjng.. tapi aku bacanya satu persatu sebab ia menarik!
sekarang aku nak terjah adam zulaika dekat secret 7 writer :)
gua pun mcm lu beb...2011 tahun banyak gua dukacita, gundah gulana, sampai gula pun gua boleh lupa camna rasa manis....
hurmm.
semoga tahun 2012 membawa lebih makna dalam hidup
:)
semoga 2012 yang pnuh dengan cabaran ini kan membuahkan hasil yg positif kpd awak
smar lagi layout ni, bersih.
salam tuan tanah..
kenangan dua ribu sebelas sungguh indah..
smg dua ribu dua belas akan lebih indah... :D
Salam perkenalan
hmm,dah jumpa pengganti si bulan januari? :P
right!
right!
right!
A+
karangan terbaik :)
selamat thn baru juak!
selamat tahun baru khaisha.semoga tahun tok lebih bermakna dari tahun yang sudah2.hehehe.mun sik bermakna juak singgah jak rah kede mee kolok sambil ngarang cerpen tentang mee kolok.wakakaka.
kisah gadis bercinta dengan suami orang..yeah!ia sangat realistik,khai.
Hai katak..panjang nye crita kamu ehek. aaaa anyway semoga taun tok kin panjang umor n kin murah jereki kitak hoh.lak boh lupak cia mek mi sapi aji salleh ah XD
akhirnye jumpe blog milik KA
ya ampun panjangnya lok hehe
Post a Comment