Ini adalah kisah benar. Kisah kehidupan seorang gadis biasa dengan cara hidup yang biasa tapi menghadapi dugaan yang luar biasa hebatnya dalam cinta.
********
Hari pertama melangkah masuk ke sekolah memang buat aku gugup. Kali ini aku datang bukan sebagai pelajar. Tapi sebagai tenaga pengajar. Yang paling buat aku tak senang duduk kerana ini bukan sekolah rendah. Tapi sekolah menengah. Ya..aku harus mengajar mereka yang meningkat remaja. Sama remaja seperti aku. Hari pertama memang tidak banyak yang berlaku. Aku diperkenalkan kepada guru senior. Aku diberikan satu jadual. Jadual kelas yang akan aku masuki sekejap lagi. Kelas pemulihan. Memang sudah ku duga. Mengajar di kelas sebegini memang menduga jiwa dan raga.
Hari pertama ini juga aku kenal seorang guru yang baru masuk. Cikgu Zakiah. Sebaya aku. Adalah teman aku berborak. Adalah juga teman untuk makan di kantin. Kehidupan sebagai seorang cikgu memang orang akan ingat senang dan mudah. Tapi tidak bagi aku. Aku mengajar sessi petang. Mungkin orang akan fikir ada masa untuk rehat sebab pagi tak mengajar. Aku walaupun tak mengajar, tapi aku harus melakukan segala kerja rumah sebelum aku pergi mengajar petang nanti. Aku harus bangun awal. Mengemas rumah. Memasak untuk anak-anak saudara aku. Aku duduk bersama dengan kakak ku. Oleh kerana kakak sudah keluar bekerja di sebelah pagi maknanya segala kerja rumah aku yang kena buat. Cuma sesekali dia akan membantu. Hari ini sudah genap dua minggu aku mengajar. Hari ini hari jumaat. Aku memakai baju kurung berwaran hijau lumut. Warna kegemaranku.
Oleh kerana jarak rumah dari sekolah tidak jauh, aku hanya berjalan kaki ke sekolah. Melalui lorong belakang rumah dan terus menyelinap ke pagar sekolah. Itulah rutin perjalanan aku ke sekolah setiap hari. Aku masuk ke kelas seperti biasa. Mengajar seperti biasa. Berdepan dengan karenah pelajar yang sangat menduga hati. Budak-budak zaman sekarang memang diluar jangkaan kita. Mereka lebih ke depan. Kalau dari segi pelajaran lebih ke depan tidak apa. Tapi lebihnya kepada perkara yang tidak ada faedahnya. Sangat-sangat menduga aku. Itu aku tolak ke tepi. Kerana aku harus menunaikan tanggungjawabku pada mereka. "cikgu comel lah hari ni.". Seorang pelajar ku tiba-tiba bersuara. Aku mengangkat muka yang dari tadi asyik melihat buku kedatangan pelajarku. Aku senyum. "Cikgu comel untuk kamu semua.Biar kamu senang hati belajar dalam kelas cikgu". Aku mengumpan mereka. Memang aku sengaja mengambil hati mereka. Pelajar-pelajar ku ini memang lansung tiada minat untuk belajar. "kringgg.!!!.kringgggggg.!!!.kringgggggg!!!" Loceng berbunyi. Maknanya masa untuk pertukaran subjek lain selepas ini. Ketua kelas berdiri.."Bangunnn...Terima kasih cikgu". Di ikuti oleh pelajar lain. Aku senyum memandang pelajarku. Dalam hatiku berdoa semoga apa yang aku ajarkan pada mereka pada hari ini mendapat keberkatan dariNya.
Aku berjalan menuju ke bilik guru kerana selepas ini aku tiada kelas untuk di ajar. Semasa melangkah masuk aku terpandang seseorang sedang duduk seorang diri. Diam. Cikgu baru agaknya. Getus hatiku. Dia memakai kemeja berjalur hitam dan biru. Manis orangnya. Aku menegurnya.
"Cikgu baru ke?"
Dia tersenyum. Manisnya senyuman dia.
"Ya..baru masuk hari ni."
"Dulu study kat mana?"
"Jordan". Dia menjawab ringkas.
"Apa dia?Jordan?"
"Ya..Jordan.. "
Dia senyum lagi. Kali ini senyumnya meleret. Mungkin sebab geli hati bila aku terkejut bila dia menyebut Jordan tu agaknya.
"best tak study kat sana?"
Dia ketawa kecil. Senyum lagi. Asyik senyum je dia ni.
"Cikgu siapa nama?"
Aku terkedu bila dia bertanya nama pada aku. Aku senyum. Kali ini giliran aku senyum. Aku menunjukkan tag nama yang terlekat di tudungku. Dia senyum lagi. "F.A.R.H.A.N.A". Dia mengeja nama yang tertera di tag namaku. "Oh..cikgu Farhana. Saya panggil awak Cikgu Far je la..Saya Adam.". Bermulalah sesi memperkenalkan diri masing-masing. Ternyata Adam memang seorang yang ceria. Ada saja cerita yang keluar dari mulutnya. Terlalu asyik bercerita tak sedar masa untuk aku mengajar kelas seterusnya makin hampir. Aku meminta diri untuk pergi ke kelas. Dia tersenyum.
Aku tinggalkan dia. Tinggalkan dia dengan perbualan tiga puluh lima minit yang aku kira banyak terkesan di hati aku. Paling penting, Cikgu Adam buat aku ketawa besar dengan cerita-cerita lawaknya tadi. Mungkin bagi orang lain biasa. Tapi bagi insan patah hati seperti aku memang aku amat-amat hargai kalau ada sesiapa yang mampu buat aku senyum meleret sampai ke kelas. Haihhhh..
Bersambung....

18 suka mewarna:
gud morning teacher
Selamat Pagi chekgu!
sambung...tak sabar pulak nak tunggu bahagian 2
ada ke panggil cikgu far~jauh tu! keh keh~
hahaha comel
:D
sekolah dulu dan skolah sekarang lain, tambah le anak2 muridnya yg terdedah dengan segala macam hanya di hujung jari...
salam ukhwah...
lain macam jer ni....hehe
cikgu farhana, i like~
dill.
cikgu, saye lupe bawak pensel
OMG
cikgu adam
cikgu farhana
wow
mcm best jer.. hihihi
cinta 3 segi cikgu dan murid. ada tak ? huehuehue .
adakah ini yg dinamakan .........( anda teruskan ya)
mood bunga baru nak meningkat , kena tunggu sambungan plak....
(sedey. ) cepatlaaaaaaaaaaa hihi
apakah cikgu adam sampai sekarang masih bersama cikgu farhana?
hye cikgu farhana,saya alias.
amboi... cikgu adam pasang jarum tahu... selamat pagi cikgu cikgu farhana.... :)
aihhh pesen bersambung ni boleh buat hati tercalar juga sebenarnye.hu3
hi cikguuu farr. ahaha
hai
nama saya natasha
Post a Comment