Tuesday, November 15, 2011

cerita cinta di kiri dan kanan

Assalammualaikum...

Hai cinta cinta cinta! Lama sungguh tidak menulis di sini. Lama sungguh tidak menulis cerita cinta orang lain dan seterusnya di sulam dengan benang-benang bahasa cinta yang saban hari kita boleh lihat di mana-mana, yang boleh juga kita dengar di mana jua. Ah bercakap tentang cinta memang takkan habisnya. 

Berapa ramai antara kita yang betul-betul bercinta? Berapa ramai antara kita yang 'sedar' semasa bercinta? Berapa ramai antara kita yang rasional ketika di lamun cinta? Tahu tak berapa ramai? Mengikut kajian yang aku buat untuk 10 orang perempuan yang sedang di lamun cinta dan sedang hangat bercinta tak hengat dunia.. hanya seorang sahaja yang betul-betul bercinta, 'sedar' semasa bercinta dan rasional semasa bercinta. Iaitu aku. Oh tipu. Orang lain la. Kang aku cakap aku, ramai perempuan akan cakap.."apalah pompuan tu cakap macam hebat sangat?!"

Apa maksud betul-betul bercinta, 'sedar semasa bercinta dan rasional semasa bercinta? Maksudnya mudah saja, mereka yang bercinta menggunakan akal. Bukan bercinta menggunakan lutut. Itu maksud memang sangat direct. Bercinta menggunakan lutut memang hasilnya banyak duka dari suka. Tak percaya cuba tengok berapa ramai antara kita (perempuan) yang bercinta dengan orang yang salah? Berapa ramai antara perempuan yang bercinta pada orang yang "tak wujud"? Berapa ramai antara perempuan yang jadi bodoh oleh lelaki tak guna? Berapa ramai antara perempuan yang sanggup mempertaruhkan hidup kerana cinta?

Cerita cinta di kiri dan kanan kehidupan aku memang terlalu sangat besar cabarannya. Cerita cinta kawan baik yang hidupnya pincang selepas mendirikan rumahtangga. Semua itu kerana cinta semata. Cinta mati.  Ada yang sudah terang akan berlaku keburukan selepas itu kalau diteruskan percintaan itu, tapi masih lagi meneruskan tanpa fikir baik dan buruk. Kerana apa? Kerana cinta!.. Tak yah cinta mati sangat la kalau hanya cinta dunia semata.

Ada cerita cinta yang membuang masa yang terlalu amat berharga untuk dibazirkan dengan cinta yang belum pasti milik kita. Cinta yang memang sudah terang dan nyata bukan untuk kita. Tapi terus membazir masa, terus terusan mengharap. Kenapa kita selalu mengungkap kata-kata ini.. "sudah terang lagi bersuluh?". Kenapa kita tidak aplikasikan dalam dunia cinta kita? Kenapa kita tak praktikkan dalam kehidupan cinta kita sekarang? Sudah terang lagi bersuluh, sudah terang lagi mau cari lampu lip lap lip lap. Sudah terang, lagi mau cari lampu kalimantang. Sudah terang lagi, mahu pasang unggun api. Sudah nyata dia tak utamakan kita, kenapa perlu menunggu? Kenapa perlu bazir waktu? Kenapa perlu biar hati diburu rasa keliru? Bagi yang pernah baca entry cinta dalam blog ini aku selalu selitkan kata-kata ini.. Letakkan cinta pada tempat yang betul. Semua itu perlu betul-betul, perlu 'sedar', dan perlu rasional.

Sekali tuan tanah dah menaip hambik kau..haha.. Lama sangat tak menulis nih.. hehehe..

Cinta itu melibatkan dua hati. bukan satu hati saja yang bekerja terkial-kial

22 suka mewarna:

Asrul "iLham" Sany said... [Reply to comment]

chenta itu kadang2 'sakit'

;D

gedek! said... [Reply to comment]

zaman cinta, zaman kalut...

haha!

axuerha said... [Reply to comment]

xpelah terkial-kial...yg penting jgn putus asa, aci tak macam tu? mana tau kot ada miracle..hehe..ayat org mengharap

ghost writer said... [Reply to comment]

bertahan dan pertahankan rasa cinta.ianya sangat hebat bagi yang menikmatinya.ia amsih hebat sekalipun gagal dalam bercinta.

labulabi said... [Reply to comment]

kitak perasan sik org kinek tok bercinta time waktu gelap2 ajak.wakakaka.yalah cdak ya sik nampak segala kecelaruan cinta ya.mun sik cayak coba ari tok aa.lmk sik nampak.g bercinta ka!! hihi.

Red said... [Reply to comment]

sentap..huhu masih harap jugak. haish..susah

sahromnasrudin said... [Reply to comment]

perghhh..terkejut sy dgn entri ini..selalu entri awak simpel dan byk pic je..

apepun, perubahan yg baik ya

Daddylicious said... [Reply to comment]

Cinta boleh bikin org jadi gila...hehe

dill said... [Reply to comment]

cinta...

masih ada untukku?

cewah~

dill.

Waqheh said... [Reply to comment]

zaman cinta cintun zaman paling kalut gua sokong gedek....

monologtinism said... [Reply to comment]

i love cinta !
oh =D

Khairul Antasha said... [Reply to comment]

asrul - sakit dan perit kerana meletakkan cinta pd tempat yg salah


gedek - kalutnya sbb bercinta pakai lutut


axuerha - utk kes suami isteri mungkin berbaloi dan wajib mempertahankan cinta dan hubungan. apa yg angah tulis ni hbgn cinta sblm melangkah ke alam rumahtangga.


Ghost - aku tak nampak apa yg hebatnya mempertahankan cinta pd org yg tak hargai kita lansung. dan aku hanya nampak itu satu kerugian. dunia semata.


labulabi - yalah jadinya bercinta dlm gelap. x nampak yg x bagus. haha.. kmk bz sikit..tuntutan kerja bah..yerrrr...


Red - sori.. ini hanya nasihat n pndangan sy.. Allah merancang yang lebih baik untuk kita.


sahromnasrudin - haha..mana ada..ni lama sgt tak menulis tu yg berjela jela


Daddy - haha..setuju!


Dill - masih ada cinta sayang.. Allah kan maha Adil.. :)

waqheh - haha..kalut la sangat. ni pendapat org dah kawen kan?


monologtinism - :D org tu tgh bunga2 kan? hehe

delarocha said... [Reply to comment]

bercinta tak salah, cara menanganinya yg kadangkala salah

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... [Reply to comment]

cinta ni kadang2 membosan kan.. hehe tp kalau xde cinta rase kosong lak :)

MR . ORLANDO AHMAD said... [Reply to comment]

seksa bercinta kalo ikot nafsu semata2...

jadikan cinta tu ibadat, ikot ape yg Tuhan suruh dan tinggal ape yg dilarang ;-)

CikBennyLullaby~ said... [Reply to comment]

letakkan cinta pada tempat yg betol.
nice one :)

RastaMat said... [Reply to comment]

cinta itu enak sebenarnya..
semoga berjaya dalam cinta..

Bidadari Syurga said... [Reply to comment]

kamu boleh ber kispen bukan? heeeee... best entry nie... panjangpun tak apa... cintaku kan buta pada mereka yg rabun jauh...

J.Syazwana said... [Reply to comment]

hmmmm. tapi cinta tuh selalu buta sampai orang yang bercinta tuh jadi buta :(

Cho Cho said... [Reply to comment]

rindu mok bercinta~hihi

FIFIEY LYCHEE MARATION said... [Reply to comment]

payah kan nak tafsir cinta....

intan.maisarah said... [Reply to comment]

ye.
gua dah nampak yang terang dah
ye
gua dah insaf