Lelaki,
Kalau berjanji, cuba tepati,
Jangan mungkiri.
Lelaki,
Kalaupun kau sudah punya kekasih hati,
Janganlah kau turuti segala kemahuan kesayanganmu sehingga melupakan dua insan yang membesarkanmu, dua insan yang sanggup berkorban untukmu.
Lelaki,
Kalaupun kau tak mampu untuk menyenangkan dua insan itu dari segi material, senangkanlah hati dua insan itu dengan bertanya khabar. Fikirkanlah satu hari nanti kalau dua insan itu sudah tiada di dunia ini lagi
Lelaki,
Kalaupun kau sudah berkahwin, kau masih bertanggungjawab ke atas dua insan itu. Selagi nyawa dikandung badan.
Dan ini untuk perempuan..
Perempuan,
Kalau kau punya kekasih, punya tunang ataupun suami, janganlah menyekat segala apa yang dilakukan oleh lelaki kepada dua insan itu. Jangan!
Perempuan,
Kalau kau punya kekasih, punya tunang ataupun suami, janganlah hasut lelaki untuk terus melupakan dua insan itu. Ingatlah, satu hari nanti punya anak lelaki. Bayangkan anak lelakimu melakukan perkara yang sama.
Perempuan,
Kekasih, tunang, atau suami bukan milik kau seorang. Bukan milik mutlak kau seorang! tapi milik dua insan itu juga!
Perempuan,
Jangan ugut lelaki. Jangan desak lelaki. Berikan ruang untuk lelaki bernafas. Jangan biar lelaki terus rasa sesak nafas bila mana mereka berada di tengah-tengah.
Perempuan,
Kalau kau sayangkan lelaki itu, kau harus ikhlas menyayangi dua insan itu dan seluruh ahli keluarganya.
Perempuan,
Kalau kau perempuan yang baik, kau akan memberikan contoh yang baik kepada lelaki kesayanganmu. Bukan terus terusan membiarkan lelaki itu melupakan segala yang berkaitan dengan dua insan itu.
*EH MASIH ADAKAH PEREMPUAN SEPERTI DI ATAS?
*haihhh..perempuan..perempuan..
****************************
Ah..lelaki memang tak rasional kalau berdepan dengan perempuan yang dicintainya! Sanggup melupakan dua insan itu kerana seorang perempuan lain!
Untuk Kamu lelaki yang masih ingat diri.. Jangan jadi lelaki lupa diri. Jadi lelaki yang menyenangkan hati dua insan itu. Besar ganjarannya. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan Ibubapa.
19 suka mewarna:
lelaki dan perempuan patut saling faham memahami. at least cuba tuk paham.
jangan sesekali melebihkan wanita lain selain ibu.
jangan sesekali lupakan jasa bapa hanya kerana mengenang cinta sang kekasih.
insyaAllah aku tidak sekeji itu,dan xkan mungkin sekeji itu.
mak bapak pon ting.. pasangan hidup pon penting.. so, pandai2 la nak balance kn nye :)
kitak jgn lupak dirik juak.hehehe.lupak lirik bleh!!wakakaka.
semua kena pandai balance kan :)
luv,
cik ana
Khai..
ini betul-betul membuatkan aku kembali mengingatkan apa yang selama ini aku perbuat..
banyak betul kesalahanku dalam tulisan nih.
emak ayah adalah segalanya.
dill.
Duak2 perlu tauk fungsi masing2..
Insan duak ya teramat penting dlm kamus hidup samada lelaki atau perempuan. So ktk jgn polah2 lupak belanja kmk.. erkk! pa kaitan komen tuk? :P
be understand each other :)
lelaki,approach her wali.
laki2 baik untuk perempuan2 yg baik.
dengan izin Dia. moga2.
bila cinta dah sekat mata, hilang hormat pada yang tua.
menjaga diri semoga tak lupa diri.
semoga hati aku masih di situ . Ameen .
mak bapak tetap no 1
perempuan yang baik adalah perempuan yang selalu mengingatkan lelaki tentang keluarganya.jika dia tidak peduli,baik kau tinggalkan perempuan jenis ini.
kata2 yg amat bermakna utk pasangan couple maple....ktk cmya juak kh?hihi
sukar nk paham lelaki nim...ntah knapa tindakannya luar jangka. Mungkin kite fikir begitu tapi dia fikir lain or die ade sebab lain atas setiap tindak tanduknya..mungkin bagi kita tak patut tp dia rasa patut sbb tu bile kite salahkn die maka kite dituduh tak memahami apa yg difikirknnya...memang material bukan segalanya tp bagaimana klu bagi die duit takde make die rase die tak berguna pd org tua..walau puas dinasihatkan bagai tp itulah lelaki..memang sukar mengerti insan ini..
bagi diri ini sebagai perempuan, jauh sekali nak hasut or sekat coz diri sendiri punya ibu bapa juga so paham apa yg dirasa malah berbuih mulut nasihat tp apakan daya...sedangkan bagi die diri ini bukan siapa2..nasihat byk2 kate diri ni mendesak so baik kurangkn brcakap...makan hati sengsorang lagi enak..diam salah berbunyi salah..
rumusanya..tak mungkin ada siapa2 paham baik die malah siapa2 jua..yer, diam salah berbunyi salah...dah takde ayat or kata2 lagi dah...bg yg nak salahkn or nak buat pelbagai andaian, teruskan. Mungkin btol diri ni yg salah sebenarnya, gagal menangani masalah & tak mampu selesaikn..masalah datang bertimpa2..masalah dia juga masalah saya, tatau apa dlm hatinya, apa yg dia rasa tapi yang diri ni tau hati ini amat terasa, terasa dgn semua ini tp tak mampu nak tangani..hanya mampu bagi ruang dan waktu..
Sekian,terima kasih.
^_^
Post a Comment