Monday, October 10, 2011

Sila letak di tempat yang betul

Hai sayang sayang yang sudi membaca blog saya saya yang tak seberapa ni. Chewah... Sayang sayang sihat semua? Hari ini hari isnin. Hari yang tak berapa nak best sangat.. nak bangun pagi pun malas. Ditambah pula cuaca yang amat lah sejuk pagi tadi. 

Siapa yang tengah bercinta sekarang mesti dok tenung handphone je. Kejap kejap cek handphone. Kot-kot ada terlepas call dari yang tersayang. Kot-kot ada sms yang tak berbalas. Lepas tu dok baca sms lama konon-kononnya boleh lepaskan rindu. Chewahh.. Tu orang bercinta.





Kalau bagi yang bercinta hanya atas nama tapi hati dan perasaan seseorang itu tak dimiliki bagaimana? Apakah sama yang mereka lalui? Hanya mereka yang melalui saja tahu bagaimana rasanya. Perit kah tidak? Sakit kah tidak? Itu sebenarnya bergantung dengan diri masing-masing. Sebab itu Dr.HM Tuah pesan kalau nak bercinta, bercinta betul-betul. Letakkan di tempat yang betul. Faham tak apa maksud letak di tempat betul? Cintailah orang yang benar-benar menghargai kita, menerima kita, mencintai dan menyayangi kita di masa susah dan senang. Itu baru betul. 

Kenapa kita, (merujuk kepada perempuan) apabila hati jatuh suka dan sayang kepada seorang lelaki, kita sanggup mengenepikan rasa sakit hati sedangkan lelaki itu lansung tak mengendahkan kita? Kenapa? Adakah kita sudah hilang pertimbangan? Sudah tidak dapat membezakan mana satu merugikan mana satu menguntungkan perasaan?

Mungkin ada yang cakap kat aku macam ni."kau memang lah sebab kau keras hati! tak ada perasaan."(kata-kata ini aku selalu terima dari adik , sepupu & kawan rapat. Aku keras hati kata mereka.) Mungkin benar aku keras hati. Tapi aku rasional kalau melibatkan hati dan perasaan. Kerana keras hati aku itu lah aku tak mengambil masa yang lama untuk pulih dari frust menonggeng bla bla bla. Pada aku satu je harus kita fikir, "yang penting tak hilang mak & bapak". Itu kekuatan sebenarnya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Ok berbalik kepada perempuan yang merugikan diri menunggu seorang lelaki yang tak menghargai mereka tu, aku tanya satu je.."berbaloikah?". Berbaloikah dengan apa yang korang tanggung sekarang? Tolonglah jangan buang masa untuk bersedih memikirkan lelaki yang bukan hak. Lelaki yg belum tentu jadi suami kita. Yang belum tentu akan menjadikan kita sebagai permaisuri hatinya. Yang datang hanya perlu. Yang hadir bila sunyi. Yang menjengah bila susah. Fikir-fikirkanlah..

Ramai lagi lelaki yang berhak untuk kita tanam rasa cinta, kasih dan sayang kat luar sana. Cuma masanya belum sampai. Letaklah rasa sayang dan cinta tu di tempat yang betul. *alah, tuan blog ni cakap je pandai.tapi diri sendiri hampeh! yg baik2 ambil la sebagai panduan. yg tak baik tu buat tak endah je. hehe*


25 suka mewarna:

MakNgah said... [Reply to comment]

bf boleh cari tp mak bapak kat pavilion sekalipun xde jual.

sy selalu pesan pd diri, apa2pun kalau psl cinta ni biar berbaloi.Yelah pompuan kalau hal cinta ni xpernah dewasa dan selalu dibodohkan tanpa sedar.

bak kata kwn sy "apa la sgt cinta manusia tu kalau nak dibanding dgn Allah

anamizu said... [Reply to comment]

CINTA zmn skrg ni byk
nafsu je kan?? :P




luv,
cik ana

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... [Reply to comment]

cinta yang paling hangat adalah cinta mase mula2 nak usha... hehehe

catherine- said... [Reply to comment]

hai tuan belog yang sgt comel~

ghost writer said... [Reply to comment]

satu hal;kau memang meminati buku Dr HMT.

hal dua;aku tetap sokong kalau kita patut mencintai orang yang mencintai kita.seperti hubungan seks,ianya takkan dapat dinikmati kalau hanya seorang yang memberi respon.

hal tiga;mereka rasa berbaloi menunggu seseorang yang tak menghargai mereka kerna mereka tidak punya pilihan lain.

aleen aiden said... [Reply to comment]

benda ni sgt subjektif.ada juga pompuan yg sakit hati tapi masih stick dgn lelaki tu.hanya dia yg tau what it's like to be her.hu3

Waqheh said... [Reply to comment]

cintaku tertinggal di malaysia...

CassiaSiamea said... [Reply to comment]

kesian~

Khairul Antasha said... [Reply to comment]

Mak ngah - ya betul tu. Tapi lain org, lain perlaksanaannya..ada yg kekal begitu kerana rasa berbaloi pd diri mereka..sudahnya tak dpt apa yg mereka nak.. pastu baru sedar..pdhal kesedaran tu dh ada dlm diri..



anamizu - ye. terpulang kepada individu..pastikan berbaloi..


Taufiq - haha..itu memang la.. masa tu sumanya indah..


Rin - alah...lansung x comel tahu? hi rin yang seksi..aummmmm :D


Ghost - ya.. hal satu itu betul. :D

hal dua, itu sebetulnya.tp berapa ramai kita buang masa dgn org yg tak punya rasa yg sama dgn kita?

hal tiga, mana ada tak da pilihan. sebenarnya lebih kepada tidak memberi ruang dan peluang utk diri sendiri...


aleen - itu la..tp jgn la seksa diri. kalo dah terang2 tunjuk suma tu. nape nak teruskan... manusia mmg hilang pertimbangan kalau cinta pd manusia mengatasi cinta pd Allah..

Khairul Antasha said... [Reply to comment]

Waqheh - laaaa... amik la balik kalo tertinggal..


Cassia - kesian je? kesian btl..

AmirFX said... [Reply to comment]

Tuan blog macam rindu ngan seseorang jak tok... Cehhh2...

Bigdaddyz said... [Reply to comment]

redha atau redah sahaja...hehe

teha said... [Reply to comment]

ssh betol nk carik cinta sejati nie !

[sutera kasih] said... [Reply to comment]

perempuan hebat sbb sentiasa cuba yg terbaik untuk menjaga hati org yg disayangi..

delarocha said... [Reply to comment]

kumbang bukan seekor

iKhRam said... [Reply to comment]

amboi check enset pagi2 isnin

saya ahri ni tak de klas sebab lect tak masuk
satu hari rasa ari isnin ni macam ari ahad semalam.. huhuhu

monologtinism said... [Reply to comment]

cinta Dia dapat. konfem semua cinta dapat

dill said... [Reply to comment]

cinta.

apa?

dill.

sahromnasrudin said... [Reply to comment]

suka lagu c.i.n.t.a dari XPDC..

komen lari dari tajuk hahahhaaa

tajnur said... [Reply to comment]

Assalamualaikum
`Jodoh manusia jodoh encarik. jodoh binatang jodoh menanti` Kita sik tauk nokney terbaik utk kita! Bukan kita sengaja menanti sesuatu sik pasti, tetapi pengharapan.... Neylah tauk hati orang, berubahkah atau diri ya bermasalah kah. Mun sikk, terimak ajak takdir Allah SWT.

Asrul "iLham" Sany said... [Reply to comment]

i love my family

mereka je wat hidup sy tak ber'bulu'

;-)p

Rain said... [Reply to comment]

cinta itu ibarat kentut..

ditahan gelisah, dilepas malu..

moral dari rain : jangan kentut sesuka hati .. :D

HEROICzero said... [Reply to comment]

somehow , aku setuju dengan poin nombor tiiga Ghost Writer .

heh ~

darkangelrose said... [Reply to comment]

cinta. hm. cinta.

CikBennyLullaby~ said... [Reply to comment]

cinta. nikmat terindah.