Monday, October 3, 2011

rutin

Namanya Rabiatul. Umurnya enam tahun. Suka membaca buku. Dia ni kira rapat dengan aku. Rutinnya setiap hari..saban hari.. hari hari...  :


Kalau aku MC @ malas nak pergi kerja, pintu bilik aku akan di ketuk. Tok!..Tok!..Tok!.. berulang kali. 
"Angah..angah!!..bangun.. Kerja!". Aku yang malas terpaksa bangun dan buka pintu bilik. Terpacul mukanya. Dengan senyum manis. Aku baring semula. "Kenapa angah tak kerja?".. Aku pejam mata. Tekup muka dengan bantal. Dia tarik bantal aku. "Angah demam..tak sihat." Tangannya terus diletakkan ke dahi aku. Sungguh, aku rasa sangattttttt .... *perasaan yang sukar digambarkan*.. Ala, kalau orang yang dekat dengan korang buat macam tu masa tengah sakit pasti ada satu perasaan tu yang sukar utk korang jelaskan. Macam apa ntah...

Kalau masa hujung minggu, biasanya dia tak ketuk pintu bilik aku. Sebab aku awal-awal dah buka sikit pintu. Sebab aku tahu memang dia akan masuk bilik aku punya.*kes malas nak bangun buka pintu*  Seperti biasanya.. skrip dia sama je.. "angah, kita jalan-jalan hari ni." Aku buat-buat tido. Dia duduk di tepi katil. Lama. Aku rasa macam tak selesa. Selagi tak di layan memang dia takkan keluar dari bilik. Penyelesaiannya.."Adik mandi la dulu. siap-siap.pakai cantik-cantik.". Cepat-cepat dia keluar bilik...

Yang ni kalau masa dia main geletek-geletek dengan aku. Jujur, aku geli la kena geletek. Ada ke orang tak geli kena geletek? Dia & adiknya nama Izzah suka main geletek-geletek. Ada satu hari tu, diorg berdua masuk bilik, masa tu aku tengah baring-baring. Mula-mula diorang manja-manja dulu. Baring kat sebelah aku. Pastu mula lah main geletek. Ada satu hari tu, aku tak tahan sangat. Macam-macam cara nak bagi diorang berdua keluar dari bilik. Akhirnya aku buat-buat pengsan!.. gelabah okeh!.. diorang keluar bilik terus panggil mama dia.."mama!.mama! angah pengsan!..." Aku cepat-cepat kunci pintu bilik. huahuahua. 

Kalau masa aku baca buku dalam bilik. Memang dia akan baring sebelah aku. Sibuk tanya itu ini. Skrip biasa dia.."Mana angah beli buku ini?", "best tak ngah?", "kenapa angah baca senyap-senyap?", "angah, nak pinjam buku angah boleh tak?".... Biasanya aku tak layan sangat dia. Sebab soalannya berulang-ulang. Dia akan terus baring sebelah aku. Sekejap dia pandang aku. Sekejap dia pandang buku yang aku baca. Tapi hari tu aku baca Kitab Terfaktab, kali ini keterujaan dia melampau-lampau. Sebab dia suka tengok cover depan Kitab tu. Dia siap cakap macam ni.."nak letak dalam beg barbie orang lah!".. Aku cakap kat dia.."buku ni untuk orang besar macam angah.utk org bercinterrrrrr..(saja sebut mcm tu.hehe), ini buku love-love,adik kecik lagi tak boleh love-love.." Dia terus keluar bilik buat muka merajuk & cakap kat mama  dia.. "angah bercinterrrrrrrrrr".. tengok, dia dengki.haha

Setiap kali aku balik dari kerja, memang dia akan sambut depan pintu. Sebab dia tukang buka pintu rumah. Dia ni memang perasan dengan air muka aku. Kalau aku muram je.dia akan tanya. Pastu dia akan sama-sama masuk bilik dengan aku. Aku baring. Dia duduk sebelah. "Angah ada beli Mentos?" Itulah soalan dia tiap-tiap petang masa aku balik dari kerja. Mentos je ditanyaaa nya....

Yang ni masa aktiviti bergayutan dengan buah hati, kalau dia dengar bunyi fon aku cepat-cepat dia tolong ambilkan. Masa aku jawab tu, kalau aku berdiri dia akan berdiri depan aku. Begitulah sebaliknya. Kadang-kadang nak manja2 dengan buah hati pun terpaksa control. Kalau dia ada depan aku memang aku cepat-cepat nak abis cakap. Malu bila dia dengar aku cakap dengan orang sana. Haha.. Biasanya pas aku abis cakap dia akan tanya macam ni.. (soalan berulang-ulang), "angah cakap dengan siapa tadi?". Biasanya aku senyum je bila dia tanya macam tu. Pastu dia pandai-pandai simpulkan sendiri.. "ngeeeee... love love"

Banyak lagi nak cerita..Tak tahu kenapa aku nak cerita pasal dia ni. Kadang-kadang kami pun ada gak bergaduh. Haha.. Tak rock betul gaduh dengan budak kecik. Asyik menang je aku. Haha

 Gambar kat bawah tu lah orangnya.. nak ngorat? haha




16 suka mewarna:

AmirFX said... [Reply to comment]

Gambar lamak tok.. Gambar terbaru sekda ka? haha..

Khairul Antasha said... [Reply to comment]

Amirfx - malas mok carik gmbr baru..upload mana yg ada jak

Waqheh said... [Reply to comment]

routine...

delarocha said... [Reply to comment]

kerutinan

ghost writer said... [Reply to comment]

pastikan dia baca blog nih bila dia dah besar.pastikan dia tahu,betapa kau begitu sayang kat dia.*tapi tak sama tahap sayang kat buah hati. :)

dill said... [Reply to comment]

comel je awak ngan die. hihi

dill.

Bigdaddyz said... [Reply to comment]

ala-ala kiutnya budak ni...best sebenarnya layan budak2...

mr_abs said... [Reply to comment]

genti ceredittt nya nak. haha

HEROICzero said... [Reply to comment]

haha . comel . =)

sally said... [Reply to comment]

cute lok..hahahah...love love ahhh....encik kambing...eeembeekkkkkk

iKhRam said... [Reply to comment]

ala.. comelnyer..
kecik2 dah pandai love-love kan?

labulabi said... [Reply to comment]

angah dah main love-love duhal.wakakaka.angah2.hihi

beautiful_rose said... [Reply to comment]

lincah dan comel budaknya...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... [Reply to comment]

rutin harian yang amat significant.. hahaha

ORLANDO AHMAD said... [Reply to comment]

adik ngko ke?

.::syifa::. said... [Reply to comment]

nak ngorat, comel sgt dia