Friday, September 9, 2011

Hilang - part 1

Elina membaca berulang kali pesanan ringkas yang diterima pagi tadi daripada Azwan. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia berteriak. Dibacanya berulang kali rangkap terakhir pesanan ringkas tersebut. 

"Maafkan saya. Saya kena buat keputusan ini. Saya sayangkan awak, tapi kita tak ada jodoh"

"Tak ada jodoh?" getus Elina sendiri. Elina mendail nombor teman baiknya Maria. Hanya Maria tempat dia mengadu apa yang dia alami sekarang.

"Hello.. sibuk tak?"
"Kenapa? Aku kat office sekarang."
"oh. takpela. Sori ganggu kau."
"eh jap..kau ok ke tak ni?"
"erm..aku ok."

Elina cuba menyembunyikan perasaan sedihnya. Tapi nampak gaya seperti Maria boleh membaca apa yang berlaku pada Elina. 

"Suara kau lain. Kau kat mana ni?"
"kat rumah. MC."
"sakit? Kau ok ke tak ni?"
"aku ok. Betul. "
"Jangan tipu aku. Aku kenal kau."
"Betul. Aku ok. Takpe la. Kau buat kerja dulu. Bye."
"lepas kerja nanti aku jumpa kau kat rumah."

.....................................



"Saya akan bahgiakan awak. Saya takkan menyakiti awak. Yakinlah pada saya." Itu ungkapan Azwan setahun yang lepas. Ungkapan itu yang menyakinkan Elina. Ungkapan itu masih terngiang-ngiang di telinga Elina. "Tapi sekarang dia tinggalkan aku atas alasan tak ada jodoh". Elina mengomel sendiri. 

"hari-hari saya akan rindukan awak tau. Kalau awak hilang tak hantar khabar berita saya jadi tak keruan. Saya risaukan awak kat sana." Azwan memang seorang yang cukup prihatin dengan diri Elina. Mana mungkin Elina dapat melupakan semua itu. Mana mungkin Elina dapat menghadam segalanya bila mana Azwan memutuskan hubungan mereka atas alasan tak ada jodoh. Sebetulnya Elina mengharapkan satu alasan yang jujur. Hanya itu. 

..........................................

Kedengaran suara perempuan memberi salam di luar rumah. Elina bingkas bangun dan menjawab salam. Maria teman baiknya berada di muka pintu. 

"masuklah.." Pelawa Elina. Maria melabuhkan punggungnya di atas sofa. Memandang tepat ke wajah Elina.

"kenapa pandang aku macam tu?" 
"Elina, kita ni kawan dah lama. Dari sekolah lagi. Aku kenal kau."

Elina terdiam. Sejujurnya dia tak mahu menceritakan apa yang berlaku kepada Maria. Biarlah dia tanggung sendiri. "sebetulnya apa berlaku? cerita kat aku sekarang. Ada masalah dengan Azwan?"

Elina masih mendiamkan diri. Mengira-ngira mahu di beritahu atau tidak. Elina mencapai telefon bimbitnya di atas meja dan menghulurkan kepada Maria. Maria seolah mengerti tindakan Elina itu. Skrin telefon bimbit itu direnungnya. Satu pesanan ringkas yang panjang lebar dari Azwan. 

"Apa masalahnya sebenarnya ni?". Maria inginkan kepastian dari Elina.

"Aku sendiri tak tahu. Aku tak tahu apa silapnya aku. Apa salahnya aku. Dia tiba-tiba tinggalkan aku atas alasan tak ada jodoh"

"korang ada gaduh tak sebelum ni?"

"Tak.. tapi sejak akhir-akhir ni dia sibuk. Katanya banyak kerja. tekanan tempat kerja. Macam-macam lagi lah"

"berapa lama dah jadi macam ni?"

"sebulan..tapi aku bertahan. Sebab aku tahu dia takkan tinggalkan aku. aku pegang janji dia pada aku"

"Kau ada minta penjelasan dia?"

"ada. tapi senyap. Ntah. Aku buntu. SMS yang aku hantar lansung tak berbalas. Aku call dia tak angkat pun"

"kau sedih? aku tengok kau tenang je."

"sedih. Tapi dalam masa sebulan tu lagi sakit apa yang aku rasa. Dia dah tinggalkan aku sebulan yang lalu. Aku dah rasa semua tu dulu sebelum dia sendiri beritahu aku pagi tadi nak tinggalkan aku. Cuma aku terkejut. Sebab aku yakin pada dia. Yakin pada ketulusan dia. Sekurang-kurangnya dia beritahu apa silap aku sampai dia buat aku macam ni. Semudah itu ke kita nak memutuskan hubungan? Tak terfikir ke apa perasaan orang yang kena tinggal?"

"erm.. dia ada perempuan lain?"

"ntah. Kalau ada pun, apa hak aku nak menghalangnya. Dia punya kebebasan untuk memilih sesiapa pun. Mungkin aku hanya tempat untuk singgah melepas sunyi. Ntah."

"kau ada contact dia lepas dapat SMS tadi tu?"

"ada. Tapi dia senyap je. Dr HM Tuah cakap, kalau kali ketiga tanya lepas tu dia masih senyap simpulkan saja yang dia memang betul-betul nekad dengan keputusannya."

"tu Dr HM Tuah cakap. Pengaruh kuat dari buku ni."

"aku cakap apa yang aku baca je"

"kau sayangkan dia lagi?kau ni keras hati sangat!"

"apa punya soalan la. memang la sayang.Habis apa daya aku?"

"kalau aku jadi kau, sekarang juga aku ke sana jumpa dia."

"aku bukan kau. Kalaupun aku jumpa dia kat sana. Aku akan dapat dia balik ke? Kalau dapat tak pe. Tapi mungkin rasanya dah lain dari asal. Kalau tak dapat, sakitnya dua kali ganda tahu?!"

"at least cuba la. tak salah kan."

"tak salah. Sebulan yang lepas dia dah 'hilang' dalam hidup aku. Dalam sebulan tu aku cuba bertahan. Dan aku cuba untuk menilai dia. Aku pegang semua kata-kata dia. Dan sekarang dia tinggalkan aku. Dan kau cakap tak salah aku cuba nak dapatkan dia balik? Aku sebenarnya muak bila seorang perempuan merendahkan maruahnya untuk mendapatkan seorang lelaki yang jelas-jelas meninggalkan dia. Macam sekarang ni!"

"kau sakit hati kan."

"tahu pun"

"kau kuat. menangislah..jangan tahan sangat airmata tu. Tak salah menangis."

....................................

-bersambung-


12 komen:

PK said... [Reply to comment]

Aku yg tak pernah bisa lupkan dirinya
yg kini hadir di antara kita
namun ku juga takkan bisa menepis bayang mu
yg selama ini temani hidup ku.
Maafkan aku menduakan cinta mu...
..seandainya bila ku bisa memilih..
- Demi waktu/ ungu.

oh...gua syak ni lagu tema lelaki tu.. kehkehkeh.

intan.maisarah said... [Reply to comment]

alaaaaaaaa.
ingtkan dah habs
cerita cerpen dulu pun tak habis lagi
camana ni

sally said... [Reply to comment]

priitt...flo here...with the new blog n id...heheheh..

lmk dh x jenguk belog ktkorg..=P

ORLANDO AHMAD said... [Reply to comment]

ayat 'tak de ' jodoh tu dah jadi ayat standard

bloghok said... [Reply to comment]

wachaaaaaaaaaa

[sutera kasih] said... [Reply to comment]

kenak jln cerita tok sama mcm apa kmk alami before tok..urghhhh sakit pulak bila ingt balit :(

i hate bila bagi alasan cmya
"Saya sayangkan awak, tapi kita tak ada jodoh"..ahhhh..persetankan alasan cmya..dolok bkn main gik..bla dh bosan, hilangkan diri, lepas ya berik alasan cmya..menyampahhh..

aikkk emosi pulak kmk :P

~Kenanga Suchi~ said... [Reply to comment]

hehe... alasan biasa...
-takde jodoh.

Bidadari Syurga said... [Reply to comment]

tak suka... tapi hidup kena ada alas diri... alas diri itulah yang buat nilai sayang diri sendiri lebih punya suatu harga

axuerha said... [Reply to comment]

AARRRGGHHHHHHH...
BENCILA CITER NIM


^_^

WLAUAPEPOMSYSAYANGANGAH

tajnur said... [Reply to comment]

Assalamualaikum wbt
Asam garam hidup nang mcmya. Ada ketika bait ada ketika sik! Ngikut nasib dirik empon. Mun kit nok salahkan org laki ya, sik buleh juak nak? Bertepok sebelah tangan ajak, sik juak berbunyi. Sebab yalah, hidup kita sentiasa berhati2, jangan kelalu gilak, lupakkan diri. Orang kinek tok, orang laki terkenjit2, oramg ompuan terjelir2! Bukan kata kamek, kata orang siya...

gedek! said... [Reply to comment]

ngeh ngeh ngeh!

sahromnasrudin said... [Reply to comment]

alasan purbakala "takde jodoh" huhuhhhh