Salam...
Rindu kali ini lain. Rindu yang luarbiasa. Rindu pada yang dah pergi buat selamanya. Setiap kali bercerita keletah arwah nenek ketika bulan puasa & menjelang raya pasti kelopak mata bergenang dengan airmata. Itulah yang berlaku dari mula puasa sehingga saat ini. Berlaku pada kami adik beradik, sepupu dan sudah pastinya mak.
Masih segar di ingatan setiap pukul 3 petang arwah nenek akan sibuk tanya kami adik beradik nak buka puasa apa untuk hari itu. Tiap-tiap hari arwah akan mengajukan soalan yang sama. Kami adik beradik apa lagi, memang request macam-macam. Kalau tak sempat masak sendiri, arwah akan bagi duit beli kat luar.
Masa sahur lagi best. Kalau bapa tak sempat kejutkan kami pasti arwah nenek akan kejutkan kami adik beradik. Masa itu aku sebilik dengan arwah. Cara dia lain kalau kejutkan aku. Dia akan panggil ulang-ulang kali. Kalau tak bangun juga, arwah akan tarik ibu jari kaki dengan lembut. Sungguh geli!!!. Mahu tak mahu aku akan bangkit juga. Sungguh aku rindu dengan semua itu.
Makin dekat nak raya seperti sekarang ni, dia akan sibuk suruh mak call aku. Yang paling utama dia akan suruh aku call pakcik-pakcik tanya bila nak balik raya. Itu rutin aku menjelang hari raya. Kalau dah confirm pakcik-pakcik bagitahu nak balik bila, arwah pasti tak senang duduk sehari sebelum tarikh tersebut. Arwah akan duduk kat tepi tingkap hampir sepanjang hari semata-mata nak tunggu pakcik-pakcik & cucu dia balik.
Satu yang buat aku terasa sangat, dia selalu cakap macam ni.."dengan angah je nenek minta macam-macam sebab angah belum kahwin lagi. dengan orang lain byk tanggungan." Aku faham maksud dia. Setiap kali nak raya, arwah akan request dari aku belikan dia sandals untuk hari raya. Lepas tu dia paling suka makan anggur. Paling dia suka manisan buah. Yang buah colour hitam tu. Hari tu terpandang manisan buah tu kat supermarket. Memang buat aku sedih. Ni yang aku malas ni emosi sangat. Rindu tahu?!
Tu tak tambah lagi rindu aku kat buah hati yang jauh diperantauan sana.
Haihhh.. rinduuuuuuuu
9 komen:
rindu kat abam tak? keh keh~~
*sekeh bujal*
sama sama merindui kan
berdoa sahaja mereka tenang disana
*gua tade kedit, (dengan harapan kesayangan gua di sarawak ti topupkan. haha)*
ehem, rindu pda buah hati yg kejauhan? siapa tu? hahaha.kmk pun rindu, rindu classmate kmk semua.sdih sbb sik smaa kmpus gik utk dgree.huhu
btw, happy raya day!
Ecece. Rindu kat siapa ni?
kalau raya, mesti rindu nenek owhh..kmk pun rindu nenek kmk juak..semoga roh arwah nenek kita tenang dan aman di alam sana..
aku kecik2 atuk nenek dah meninggal.
tak berapa ingat. mungkin sempat kena agah dukung2 gitu jela.oohh.
rindu juga..rindu pada yang tak mengerti~
sakitnya perasaan apabila menahan rindu kan
rasa rindu itu boleh buat sy gila kadang2...
adik... opah akak hampir serupa dengan nenek adik... minat plum hitam tu yang juicy tu... suka anggur... akak kalau balik kg tidur dengan nenek until the end of her life... bila degil atau liat nak bangun dia anak pegang ibu jari kaki akak.... akak rindu bila baca entry adik... siapa tahu puasa tu adalah yg terakhir akak 'masak nasi goreng bodo' untuk dia...
p/s: itulah pangilan dia bila akak gunakan perencah nasi goreng adabi tu untuk goreng nasi paling cepat... heeeeee rindu....thanks sebab ingatkan akak... kekuatan tu dtg tanpa kita sedari... makin jauh nak lupa... sebenarnya takpun...
Post a Comment