Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan

Tepat jam 4.15pagi Siti Nurhalina bangkit dari lena apabila mendengar pintu biliknya di ketuk. "bangun Siti Nurhalina!.bangun..!" Siti Nurhalina yang sudah bangun sengaja tidak mengendahkan suara ibunya. Siti Nurhalina yang kemalasan menyambung semula tidurnya. Sekali lagi pintu di ketuk. "tak nak bangun sahur ke kamu?". 

Siti Nurhalina menggosok matanya. Terus melihat jam di telefon bimbitnya. "sudah pukul 5.05pagi." Getus hatinya. Cepat-cepat Siti Nurhalina ke bilik air. Terus meluru ke dapur. Membuka peti sejuk. Menuang Air Soya Bean ke dalam gelas. Siti Nurhalina meneguk air soya bean sehingga habis. Selepas itu, dia menuangkan air kosong ke dalam gelas. Minum sampai habis. Dia menghampiri meja makan. Lauk untuk sahur yang ibu masak memang nampak menyelerakan. Tapi nafsu untuk makan memang lansung tiada. Lagipun sudah hampir masuk waktu imsak. Kalaupun masih ada masa, Siti Nurhalina memang tidak akan menjamah makanan. Cukuplah dengan minum air sahaja.

Selepas bersahur dengan dua gelas air, Siti Nurhalina menunggu waktu Subuh. Fikirannya melayang. Teringatkan seseorang yang berada jauh di sana. Di kota yang tak pernah tidur. Sudah bersahurkah dia? Siti Nurhalina mengambil telefon bimbitnya. Jarinya ligat menaip. "sudah sahur?" Ringkas sms yang Siti Nurhalina hantar. Tidak lama selepas itu satu sms masuk. "baru nak sahur". Siti Nurhalina hanya tersenyum membaca sms itu.

Pagi itu, Siti Nurhalina pergi kerja seperti biasa. Seawal pagi sudah terasa bahang kepanasannya. Semasa hendak masuk ke pejabat, Siti Nurhalina terpandang satu tapak bazaar ramadhan tidak jauh dari pejabatnya. Seawal pagi sudah ada peniaga yang bersiap-siap di situ walaupun belum lagi memulakan perniaagaan."petang nanti nak singgah bazaar ramadhan la". Getus hati Siti Nurhalina.

Di pejabat, Siti Nurhalina melakukan kerja seperti biasa. Tidak banyak bergerak. Hanya berada di biliknya. Sesekali membaca blog kawan-kawan. Entah kenapa terasa amat sedikit kerja yang diamanahkan untuknya pada hari itu.Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi, Siti Nurhalina sudah dilanda kebosanan. Sesekali dia keluar dari biliknya. "tahu lah u puasa,senyap je hari ni". Teman sepejabat menegur Siti Nurhalina. "nak jimat tenaga". Siti Nurhalina menjawab ringkas. 

Siti Nurhalina cuba untuk bertahan. Memang badannya terasa sangat lemah. Jam sudah pukul 3 petang. "tadi i  sempat singgah bazaar kat sebelah. ramai orang weh!". Siti Nurhalina hanya tersenyum. Dia sendiri tidak sabar untuk mengunjungi bazaar ramadhan tersebut. 

Tepat jam 4.30petang, cepat-cepat Siti Nurhalina bersiap untuk keluar dari pejabat. Dia perlu menjejak kaki ke bazaar ramadhan. Siti Nurhalina berjalan seorang diri menuju ke tapak bazaar. Sudah ramai yang berpusu-pusu ke situ. Siti Nurhalina sudah terasa bahang panas dan bau asap. Siti Nurhalina berjalan dari satu ke gerai ke gerai yang lain. Tiada yang berkenan di hati. Ada bermacam-macam jenis kuih. Ada bermacam-macam jenis mee dan nasi. Ada bermacam-macam jenis air. Syurga makanan! Siti Nurhalina tidak selesa berjalan di himpit-himpit seperti itu. Siti Nurhalina hanya mampu berjalan suku dari tapak bazaar tersebut kerana tidak tahan dengan bahang panas & dihimpit oleh manusia yang ramai itu. 

Akhirnya, Siti Nurhalina hanya membeli 2 jenis kuih di gerai yang terletak di pintu depan bazaar tadi. Hanya itu. 

Nota kaki :

1) Jangan buang masa berkunjung dari satu gerai ke gerai yang lain kalau anda ingin jimat tenaga.

2) Jangan berkunjung ke bazaar ramadhan pada hari pertama, kerana semua orang teruja 200% untuk berkunjung ke situ pd hari pertama. Jadi, kesesakan dan kepadatan memang akan menduga anda. PANAS.

3) Jangan beli banyak sangat juadah untuk berbuka. Ala kadar je. Nafsu semua itu. Kesudahannya, air bandung cincau itu juga yang anda teguk berkali-kali. 

4) Jangan tak makan masa sahur. hehe.Makanlah walaupun sedikit.(peringatan untuk diri sendiri)

5) Jangan makan byk sangat waktu berbuka. Solat maghrib kejap. Pastu makan la. 

6) Jangan goda orang lain untuk bergaduh, bertikam lidah, beremosi segala..hehe. Jimat tenaga untuk ibadah di malam hari.

Ok..ok..selamat menjalani ibadah puasa.. 

*ahad lepas sudah kedengaran lagu raya di shopping complex. awalnya!.. * tapi, rupa2nya anak saudara & adik 2 hari sebelum puasa dah pasang lagu raya kat umah. lagi awalllll!*

Setiap kesulitan disertai kemudahan.

26 komen:

labulabi said... [Reply to comment]

sapa la biak nama siti nurhalina ya tek.hehehe.selamat berpuasa oi.kmk x pande minum aik bandung.hihi.mun mee kolok goreng ya terbaik la.hehe

gedek! said... [Reply to comment]

Alamak!

Uncle selalu praktik kan nombo 6 tu...!

sahromnasrudin said... [Reply to comment]

adakah awak siti nurhalina itu??? heheheee

Acik said... [Reply to comment]

ring tone pun dah pakai lagu raya! :)

intan.maisarah said... [Reply to comment]

gua suka tang jangan ajak orang berikam lidah. :)

Rain said... [Reply to comment]

baca dua kali baru tahu tu siti nurhalina..

sbb saya siti nurhalija haha. ingtkan ada kembar ;D


semalam.. mak kejut sahur. mamai... tumbang balik atas katil. bila terjaga, bangun solat subuh ..! dh 6.15. haha padan muka terlepas sahur..
lembik lutut ooo xsahur

LADYHEART said... [Reply to comment]

hehe..klakar je..camat bpose yer tuan tanah..

wa khairul onggon said... [Reply to comment]

selamat berposa tuan empunya blog.. tips ktk ya menakah siti nurhalina atau ktk pun.. haha.. Apa2pun, tip yg menarik, cerita yg menarik, mmg trtarik da boom.. :)

AmirFX said... [Reply to comment]

Selamat berpuasa juak untuk ktk siti nurhalina ehhhss salah.. Siti Khaisha... Yerdehhhh...

si para para said... [Reply to comment]

hehe macam kenal je cik situi ni..

bab sahur tu penting..kena makan jugak sikit...betul tak..

kalau pergi bazar tu terus jadi tak hingat dunia..sampai tak tahu nak beli ape...hehe

axuerha said... [Reply to comment]

hehe siti nurhalina tok ada iras siti nurhaliza x?

awien da blaja posa...semalam, dia posa penuh..huhu..

dill said... [Reply to comment]

awak2! bile nak buke pose ngan saye?

dill.

Bigdaddyz said... [Reply to comment]

suka no 1...hehe ...

Kapten Atok said... [Reply to comment]

aku suka makan sahur. berselera lagi taw.

bukak pulak ala kadar jer. sayang nak bazir

PK said... [Reply to comment]

errr...siti nurhalina tu sape? lu?

CassiaSiamea said... [Reply to comment]

siapa siti nurhalina??
macam kisah benar je ni??

jom gaduh~

ORLANDO AHMAD said... [Reply to comment]

bazar ramadhan satu tempat yg cukup menyeksakan...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... [Reply to comment]

siapa siti nurhalina tu yerk. sumenye malas k.. hahaha

Asrul "iLham" Sany said... [Reply to comment]

lawak ;D

ghost writer said... [Reply to comment]

sepatutnya siti nurhalina datang lewat sikit ke bazar ramadhan biarpun pada hari pertama.biasanya orang sudah berkurangan.takper sekalipun makanan feverit juga berkurangan.hihi

[sutera kasih] said... [Reply to comment]

taun lps kmk lgsg sik penah pegi bazaar..cayak sik?cayak sik??hehe

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said... [Reply to comment]

kak vee ingat siti nurhaliza tek..hehehehehe...aok eh..kak vee sokong! jgn membazir beli kuih byk2 rah bazaar...jimat cermat mbawa berkat =0).

aleen aiden said... [Reply to comment]

alang2 dah bangun.kan rugi klo xsahur skali.heh~

delarocha said... [Reply to comment]

makanan kat bazar dah naik harga..

iKhRam said... [Reply to comment]

salam kak
dah masuk hari kelima berpuasa.. tp g bazaar still lagi excited.. tak boleh la nak jimat tenaga nie.. hahaha

teha said... [Reply to comment]

biase org g bazar , mmg bli bnyk laa kan sbb dieorg rambang mata tgk makanan kt situ.. hehe