Thursday, August 11, 2011

hero sangat ke?

Salam...

Beberapa hari ini seseorang yang paling rapat dengan saya menceritakan sesuatu mengenai bekas kekasihnya. Luahan hati yang pada saya membuatkan saya rasa ingin marah. Tapi di tahan-tahan kerana bekas kekasihnya tidak berada di depan saya. 

Kerana dia paling rapat dengan saya. Jadi saya ingin tahu apa sebenarnya yang membuatkan dia terlalu sakit hati apabila ditinggalkan oleh bekas kekasihnya. Alasan dari bekas kekasih yang tidak masuk akal membuatkan dia sakit hati. 

Pertama, bekas kekasih mengakui sepanjang 2 tahun bersama, bekas kekasih tidak merasa bahgia.

Itu alasan utama kenapa bekas kekasih meninggalkan dia. Tapi, melihat lagak bekas kekasih di laman sosial facebook sepertinya lain yang berlaku. Kerana bekas kekasih sudah punya penganti baru tidak lama selepas bekas kekasih meninggal dia. Saya syak bekas kekasih dia memang pasang skandals lama dah.

Tapi, satu yang mengejutkan saya apabila dia meminta saya menghubungi bekas kekasih dia. Mula-mula musykil. Ini kata2 dia..

"angah, tolonglah..saya nak dia bayar segala hutang dia kat saya selama ini. Selama ini, duit minyak kereta saya yang tanggung. Dia cakap nanti dia akan bayar. Skang ni kami dah putus, jadi dia kena bayar segala hutang. Saya banyak habis duit kerana dia."

Ok.. saya tidak banyak fikir terus menghantar satu pesanan ringkas kepada bekas kekasih tu.. 

"segala apa yang kau hutang kat dia, ko jelaskan secepat mungkin. ko janji nak bayar. ni skang korang dah putus,jadi bayar cepat"

Tidak lama selepas itu bekas kekasih tu membalas pesanan ringkas saya..

"bagitahu berapa aku hutang kat dia"

Masa baca sms tu macam nak bagi penampar je. Cakap macam banyak duit. Tapi kikis duit pompuan!

Dalam masa yang sama, bekas kekasih memaki dia dalam sms. Tapi sampai sudah tak bayar. Satu yang membuatkan saya rasa sangat2 menyampah dan marah apabila dia menceritkan bekas kekasih dia seorang yang panas baran, suka memaki, menghina, meminta duit.. Saya yang mendengar terus menjawab.."tu la pompuan masih jugak nak sayang dgn lelaki mcm tu. masih ramai lagi lelaki baik kat luar sana. bkn dia sorang lelaki yg ada!"

Jantan macam tu nak jadi suami? Kikis duit pompuan. takde duit, tapi ada hati nak pasang skandals keliling pinggang. Apa ko ingat ko hero sangat? 

Apa korang ingat pompuan je kaki kikis? Lelaki pun ada lah!

Maaf, saya geram. Sungguh. Menyampah.


23 komen:

wa khairul onggon said... [Reply to comment]

DPt olaki kedakya, ikatkan kaki ngan tgnnya, kakya merik sidak nemiak lantak k basikal.. Mun sik engkah rumput sekeliling badannya, biar kambin meragut tas badannya.. kompomnya nyesal bah hehe :P

axuerha said... [Reply to comment]

Ishx3..tulh, sblom ape2 jgn mudah ikut telunjuk lelaki..org ckp bile dh sayang kan tp apa guna syg tanpa jaminan...see, baru couple da pandai nk maki2 org, minta duit klu kawen lagilaaaa..merana badan nanti...dengarkan lagu 'beribu sesalan' k..

Khairul Antasha said... [Reply to comment]

tu la pasal zue..angah dh cakap,lelaki kalo sblm kwen dh mcm tu..pas kwen lagi teruk..mintak dijauhkan dr semua tu..

CassiaSiamea said... [Reply to comment]

aku kn ada~~

Bidadari Syurga said... [Reply to comment]

adoi betullah sgt adik entry nie.... ingat pompuna aja kikis duit... lelaki rasanya lbh teruk... dah habis tinggal... kawan akak aja tgk... sampai berhutang.. sampai lari gaduh dengan family... lepas break... baru nampak pintu rumah... hurmmmmm power tul lelaki skang...

p/s: single lagi bagus... hatipun tak sakit.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... [Reply to comment]

mase ngah suka sume nye elok kn, kentut pon wangi.. bile dah xsuka tu, sume nye die nak ungkit balik...

intan.maisarah said... [Reply to comment]

lelaki lagi hebat pengangan kikis duitnya

muka baik semacam
pijak semut tak mati
hakikatnya..
sabar aje la


memang tak boleh dibuat suami tu

monologtinism said... [Reply to comment]

jahatnya!


baca entry ini rasa macam mahu marah juga

Khairul Antasha said... [Reply to comment]

taufiq arifin - yg tuntu balik tu sbb lelaki x sedar diri tu cakap 'nanti bayar balik" skang ni dh tinggalkan pompuan, apa lagi bayar la hutang tu..

hutang tetap hutang..

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said... [Reply to comment]

teruk nya lelaki kedak ya kan...ada hikmah juak kawan ktk putus ngn nya..pdh ngn kawan ktk, jgn dikenang agik org kedak ya..
peringatan utk semua..jgn buta kan mata especially mata hati kerana cinta kedak ya..mun dh tauk lelaki/rempuan ya perangei nya tang take advantage n ngikis kdk ya, jgn dikesian n dsayang agik..gik ada rami org lain di luar nun jauh lebih baik..=0).

Kapten Atok said... [Reply to comment]

memalukan

Queen F said... [Reply to comment]

aku setuju, sebab aku pon alami nasib yang sama.. macam pfffttt kan.. -.-'

si para para said... [Reply to comment]

betul tu..
tapi memang betul kata orang..cinta itu buat..
rasa perit sakit susah pun bertukar bahagia bila bersama orang yang di cinta..
cuma, pilihlah insan yang betul2 menghargai cinta. yang mencintai dirinya dan mencintai pencipta.

RepublicAku said... [Reply to comment]

itulah dia...kita sama sahaja yang lainnya mungkin cuma baik dan buruk itu sahaja...

dill said... [Reply to comment]

benci orang mcm tu!

dill.

bujal X said... [Reply to comment]

cakap dengan kawan halal je la duit tu~~sebab gerenti takkan dapat balik ~~

[sutera kasih] said... [Reply to comment]

memalukan jak lelaki kikis perempuan...ibarat tiada kemaluan..huhhhh bencikkkkkkkkkk lelaki camtu..buang ke laut pun belum tentu ikan jerung nak makan sebab dagingnya BUSUK !!!

KHRLHSYM said... [Reply to comment]

saya lelaki jahat =.=

uSu iJamm said... [Reply to comment]

Ya lah, mun nak begerek, boh sampei bekorban tanpa batas.

iKhRam said... [Reply to comment]

cinta buat manusia jadi buta.. betul tak kak?

~Cahaya Hati~ said... [Reply to comment]

pernah hadapi situasi ni...
beribu dia hutang...
sampai sudah tak bayar...
terpaksa halalkan...
agar tak merana hidup dia di akhirat nanti~

L said... [Reply to comment]

anda seorang yg pemarah?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jangan-marah.html

Asrul "iLham" Sany said... [Reply to comment]

gua tak kikis rete awek2, diorang yg nak blanje gua...hahahaha

ngah jd pendengar setia masalah chenta member2... :D