Begitulah kehidupan kita, cinta datang dan pergi. Semalam kita sayang dan cinta pasangan kita bagai nak gila. Hari ini perasaan kita berubah kepada benci. Semalam kita berjanji akan mempertahankan rasa cinta kita sampai bila-bila, tapi hari ini perasaan berkobar-kobar itu hilang entah ke mana.
Keterujaan kita pada pasangan kita pada mulanya adalah pada tahap paling maksima. Itu pada mulanya. Ketika kita belum mendapat cinta dan hatinya. Setelah segalanya berjaya sewenang-wenangnya kita kan pergi meninggalkan pasangan kita. Itu hakikat.
Cinta membahgiakan.Itu pasti. Cinta bukan menegangkan perasaan. Itu tidak pasti. Kerana semakin hari semakin menegangkan jiwa dan raga. Itu definisi cinta ntah apa-apa. Nak bercinta itu biar betul-betul. Jangan main-main. Kalau nak main-main, pergi bercinta dengan kawan-kawan kat dalam hutan tu.
Entry entah apa-apa. Sangat menegangkan perasaan sebenarnya kalau anda berada di situasi sebegini. Bukan saya, saya ok-ok saja. Selagi saya mampu, saya akan teruskan. Kalau tepu sekalipun perasaan saya, saya akan teruskan. Kalau matipun sekali perasaan ini, ada ke orang nak kisah?
Segalanya bermula apabila aurat mata dikaburi oleh aurat rasa.
Ya, saya bukan siapa-siapa.
11 komen:
dulu saye ikhlas sayang die sangat2, tapi die celakakan cinta saye.
*mengeluh perlahan.
dill.
cinta sesama manusia ke?
p/s: lama akak tinggalkan... fobia rasanya...
saya kisah jika jiwa kesayangan saya si khai ini mati
saya amat kisah
cinta,
cukuplah jiwa itu sakit akibat penangan cinta
cukup cukup lah
memang bila merasa cinta bahagia, semua nampak indah
bila terkena cinta derita ,
semua jadi gelisah
mungkin
kita perlu tanamkan cinta mendalam buat yang MAHA ESA.
*gua rindu lu*
Cinta dlm definasi Malayu asalnya bermaksud kemelaratan dan kesedihan. Sifat yg unggul ialah Pengasih dan Penyayang. Berkasih dgn yg maha mengasihi adalah hakikat sebenar kerana tuhan melimpahkan kasihnya kpd hambanya yg dikasihi. Sebagai lambang kenalnya hamba kpd pencipta ialah belajar memahami dan mengenal serta mengasihi pencipta alam ini. Mengapa mengasihi makhluk lebih daripada pencipta makhluk itu sendiri? Bukankah dgn mengasihi yg mencipta barulah ikhlas kasih kpd makhluk lain yg dicipta? mahadaya-asalama.blogspot.com
ada kawan2 ka kat tgh hutan? beruk byk la.haha.
cinta kadangkala membuatkan kita cepat bosan
rindu juga perasaan bergado dengan pakwe.ahh!Itu yg paling aku rindu!kah3
cinta manusia, tak ada yang pasti..
cinta itu indah...tapi ada kala nye pahit...
mmg ini menu cinta sama ada tahan atau tidak sahaja yang membezakan....kool sahaja.
jangan membutakan mata kita kerana cinta :)
Post a Comment