Salam...
Selama beberapa hari tuan tanah senyap,sepi, sunyi tanpa sebarang entry merapu..jadi, pada hari Isnin yang sungguh mendamaikan ini, maka saya selaku tuan tanah ingin berkongsi cerita pasal kura-kura plak..(siyes na juak aku kali tok...huhu)
Kita seringkali mengungkapkan.." ko ni berjalan mcm kura2 la.".. (owh tedah..kura2 juak jadi mangsa..padahal nang org ya tek lambat berjalan..sikpa ko kura2..pastok aku up kan ko jadi Superman..yerrrrr...pa ndak reti..).. Tu baru kes berjalan lambat..kalau tenet slow pun kura2 jugak yg jadi mangsa.."nang kedak kurak2 jak tenet tok.!!!" ( sekali lagik ketedahan kepada si kura2..) Walaupun si kura-kura selalu menjadi mangsa keadaan.. tapi kita harus mengakui bahawa jangka hayat kura-kura lama woooo...(kembang jak idung kura2 mun nya maca entry tok...)
Di bawah ini saya telah mengsonglap artikel dari abg Wikipedia pasal Encik Kura-Kura..sila layan... Terlalu banyak fakta tentang kura-kura..Tapi saya hanya memfokuskan pada jangka hayat Encik Kura-kura sahaja.. Harap maklum ye tuan-tuan dan puan-puan.. :)
Kura-kura merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas reptilia. Tubuh kura-kura dilindungi oleh kerangka khas yang terbentuk dari rusuk mereka.
Saiz kura-kura berbeza dari beberapa sentimeter sehingga dua meter. Pada kebiasaannya kura-kura mempunyai tempoh hayat yang panjang dan hidup lama, sesetengah kura-kura diketahui hidup selama melebihi 150 tahun.
Kura-kura pertama telahpun wujud pada era dinosaur, kira-kira 200 juta tahun dahulu. Kura-kura merupakan satu-satunya cabang dari "clade Anapsida" silam, yang termasuk kumpulan seperti procolophonoids, millerettids dan pareiasaurs. Kebanyakan anapsids menjadi pupus pada akhir tempoh Permian, kecuali procolophonoids dan susur-galur testudines (kura-kura).Kesemua kura-kura, samaada yang masih hidup atau telahpun pupus merupakan dari susunan Chelonia, termasuk super susunan Testudines.
Dalam perhubungan pun kita memang impikan jangka hayat hubungan kita lama. Dan kalau boleh, lebih lama dari jangka hayat si Kura-kura itu. Tapi, persoalannya.. mampukan kita menyamai jangka hayat hubungan kita itu seperti kura-kura.. Yang saya ingin tekankan di sini..bukan dari soal maut..tapi dari sudut kita mengekalkan tempoh hubungan kita itu. Bukan sahaja dengan pasangan hidup tapi hubungan dengan kawan-kawan..seperti kita berkawan dengan blogger... chewah!!..
Tanya sama hati.. mampukah kita?? itu yang kita tak tahu...
Sekian saja entry org sakit di hari Isnin yang 'mendamaikan' ini...




0 Kata Hati Kesayangan Hamba:
Post a Comment